Buletin

KLON RANGE ROVER ADA INTERIOR LEBIH CANTIK BERBANDING MODEL ORIGINAL

Baru-baru ini muncul beberapa keping gambar klon Range Rover yang dikenali sebagai Hunkt Canticie. Pelik betul nama dia ni. 

Walaupun bahagian luarnya nampak serupa, tetapi ruang kabinnya agak berbeza. Walaupun kita sedia maklum bahawa syarikat China boleh meniru apa sahaja, tetapi Hunkt merasakan ruang dalaman Range Rover tidak cukup bagus. 

Jadi, ia hasilkan rekaan dalaman sendiri yang kelihatan lebih mewah dan menarik. Ruang itu kini dilengkapi dua paparan skrin yang besar, merangkumi panel instrumen dan skrin sentuh pada papan pemuka dengan saiznya hampir 14 inci. Ia juga nampak jauh lebih moden berbanding skrin yang ada pada Range Rover. 

Namun, kualiti kulit yang membalut tempat duduknya kelihatan murah. Sementara perehat tangan cukup lebar. 

Hunkt ialah nama Inggeris untuk Hanlong, satu jenama yang dimiliki oleh Hanlong Auto, pembuat kenderaan yang berpangkalan di wilayah Hubei. Menggunakan kod L10, nama Inggeris kereta itu ialah Cantiece dan nama Cina pula Kuangshi. 

Hunkt Canticie pada asalnya lahir sebagai Zotye T800 yang kemudian ditukar kepada T900. I dibangunkan selama dua tahun dan berita mengenainya pernah dilaporkan oleh media China beberapa kali. 

Sedia maklum bahawa Zotye ialah jenama peniru dari China yang terkenal. Tetapi, sejak akhir-akhir ini ia mula menampilkan rekaannya sendiri. Mungkin dah insaf.  

Hunkt Canticie digerakkan oleh enjin turbo 2.0 liter berkuasa 197hp yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. Menggunakan pacuan roda belakang, kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah sekitar 185km/j. 

SUV klon itu dijangka diperkenalkan ke pasaran China menjelang suku ke-4 tahun ini. Sama-sama kita tunggu apakah respons Jaguar Land Rover mengenainya nantl.

Google ads
Back to top button