DAPATKAN 6X MATA GANJARAN DENGAN KAD MESRA PETRONAS DENGAN SETIAP PEMBELIAN!

SHARE

Selepas kejayaan kempen promosi “The Only Game Where Everybody Wins” yang mendapat sokongan dan sambutan yang hangat, PETRONAS mengumumkan yang mereka ingin meneruskan lagi pemberian hadiah sebagai penghargaan untuk pelanggan mereka.

Kempen promosi sebelum ini menyaksikan semua baucar berjaya diagihkan termasuk 300 orang pelanggan bertuah berjaya membawa pulang wang tunai, telefon pintar dan tajaan kasut selama setahun oleh Zalora.

Kesemua baucar telah diedarkan lebih awal dari perancangan. Jika ada yang terlepas peluang, jangan bimbang kerana PETRONAS ada tawaran lain untuk anda.

Tawaran hebat Kad Mesra PETRONAS kini kembali dengan tawaran terbaru iaitu 6x mata ganjaran Mesra untuk setiap pembelian.

Promo ini meliputi pembelian semua jenis petrol stesen dan pembelian barang di Kedai Mesra. Mata ganjaran yang dikumpul pula boleh ditebus dengan petrol dan pelbagai barangan di semua stesen PETRONAS seluruh negara.

Berapa lama tempoh tawaran?

Tawaran ini adalah bermula dari 6 Januari – 12 Januari 2018. Jadi cepat rebut peluang ini sebelum ia tamat.

Ingat! Tawaran ini adalah terhad selama tempoh promosi. Bagi yang belum mempunyai Kad Mesra, dapatkannya di mana-mana stesen PETRONAS secara PERCUMA dan mula gunakannya dengan segera.

Jangan lupa daftarkan kad anda dengan menggunakan SMS dengan menaip mesej berikut: KADMESRA (jarak) nombor 17-digit kad Mesra PETRONAS (jarak) nombor IC (jarak) nama dan hantarkan ke 36732, atau daftar sahaja melalui aplikasi online di laman web PETRONAS. 

Kiraan mudah

Secara ringkasnya jika anda berbelanja RM1 di Kedai Mesra anda akan mendapat 6 mata kad Mesra. Manakala untuk petrol pula anda akan mendapat  6 mata bagi setiap liter.

Kalau biasa anda isi 50 liter sekali isian bermakna anda akan mendapat 300 mata kad Mesra. Banyak tu, mana pernah ada tawaran mata ganjaran seperti ini sebelum ni.

Berdasarkan pengalaman kami, penebusan mata ganjaran boleh dilakukan dengan cukup senang. Leretkan sahaja kad Mesra di terminal pam dan akan mendapat petrol percuma berdasarkan jumlah mata yang anda kumpul.

Penebusan barang lain boleh dilakukan di Kedai Mesra.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.mymesra.com.my/Promotions-@-Enjoy_6X_Mesra_Points!.aspx

Share this post

scroll to top