Artikel Pilihan

10 ENJIN 4 SILINDER MODEN YANG BERKUASA PADA HARI INI.

Disebalik populariti enjin bersaiz kecil 3 silinder dengan kapasiti yang semakin mengecil, enjin 4 silinder masih lagi menjadi pilihan untuk dipasang pada kenderaan segmen yang lebih besar dengan teknologi turbo. Nissan Almera, Perodua Ativa, Proton X50 malah Honda City di pasaran Siam sudah mula menggunakan enjin 1000cc 3 silinder.

Keadaan ini menyebabkan enjin 4 silinder menjadi semakin kurang didapati pada model segmen A dan B dan banyak dijumpai pada segmen C dan D. Kami senaraikan beberapa enjin 4 silinder yang berkuasa yang masih bertahan pada hari ini.

1. Mercedes AMG 4 silinder turbo- enjin 2000cc ini dihasilkan oleh AMG yang merupakan cabang perlumbaan Mercedes Benz dan setakat ini boleh dikatakan enjin 2000cc paling berkuasa di dunia dengan 416 kuasa kuda dan 500Nm tork. Enjin ini menerima turbo skrol berkembar dan digunakan pada model prestasi tingg A45, CLA45 dan juga GLA45

2. Volvo T8 PHEV – enjin ini datang dengan beberapa varian daripada T4, T6 dan akhir sekali T8. Bagi varian T8 ia menerima teknologi supercaj, turbocaj dan juga sistem hibrid PHEV. Gabungan teknologi ini menghasilkan 415 kuasa kuda dan 670Nm tork. Pada masa yang sama enjin ini mampu memberikan bacaan sehingga 29km/liter petrol.

3. Porsche 2.5 Boxer Turbo- di dunia ini hanya 2 pengeluar sahaja yang berani menggunakan enjin Boxer dan salah satunya ialah Porsche. Enjin 4 silinder boxer ini bersaiz 2500cc dan dipadankan dengan turbo bagi menghasilkan 350 kuasa kuda dan 419Nm tork. Bagi sebuah kereta sport, enjin boxer duduk rendah di bahagian cesi memberikan kelebihan pada pengendalian

4. Honda K20C – enjin 4 silinder ini merupakan enjin turbo pertama yang dipasang pada model Type R bagi menghasilkan kuasa sekitar 306-316 kuasa kuda bergantung pada varian dan pasaran. Manakala tork maksima 400Nm boleh diekstrak pada serendah 2500 RPM, berbeza dengan enjin Honda Natural Aspirated. Enjin ini digunakan pada model Civic Type R, Accord (turbo lebih kecil) dan juga Acura

5. Ford 2.3 Ecoboost – enjin ini merupakan enjin yang paling besar besar dalam keluarga enjin Ecoboost 4 silinder. Enjin ini dihasilkan dalam beberapa varian dengan kuasa terendah ialah 270 kuasa kuda dan 420Nm tork. Bagi varian tertinggi, ia mampu menjana sehingga 330 kuasa kuda 475Nm tork bagi kegunaan Ford Mustang.

6. Audi 2.0 Turbo – Audi ada banyak pengalaman dalam perlumbaan malah Audi juga memegang rekod paling banyak menang dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans. Dalam perlumbaan Audi pernah menghasilkan 600 kuasa kuda dari enjin 4 silinder. Bagi memberi saingan pada Mercedes, Audi menghasilkan enjin 2000cc 4 silinder turbo dengan 306 kuasa kuda dan 400Nm tork bagi kegunaan Audi S3

7. BMW Twin Power – bagi enjin ini, ia menggunakan satu turbo tapi dengan teknologi skroll berkembar dimana gas ekzos dari silinder 1 dan 3 digabungkan menjadi satu inlet dan silinder 2 dan 4 kepada satu inlet turbo. Keadaan ini bagi memastikan turbo beroperasi dengan lancar & meminimakan turbolag. Enjin 2000cc ini mengahsilkan 255 kuasa kuda dan 398Nm tork.

8. GM 2.0 Ecotec LTG – ya biasa kalau sebut enjin kita mesti terbayang enjin 5000cc ke atas dengan V8. Tapi GM juga ada membangunkan enjin 4 silinder 2000cc, suntikan bahan api terus, turbo skrol berkembar, intercooler sejukan udara, dan juga pemasaan injap VVT. Enjin ini menghasilkan 275 kuasa kuda dan 400Nm tork bagi kegunaan Cadillac dan Chevrolet Malibu

9. Subaru 4 Silinder Boxer Turbo – kalau dah nama Subaru mestilah ia enjin boxer. Enjin 4 silinder dengan kod FA ini dihasilkan dalam 2 versi iaitu F20 2000cc dan F24 2400cc dengan jumlah 4 varian utama. Bagi varian FA24D, ia dipasang pada model BRZ/GT86 bagi menghasilkan 232 kuasa kuda dan 250Nm tork (NA). Bagi varian FA20F (turbo) ia mampu menghasilkan 296 kuasa kuda dan 400Nm tork

10. Hyundai SmartStream 2.5 TGDi – merupakan enjin terakhir yang dibangunkan oleh Hyundai sebelum memberikan tumpuan 100% pada EV. Enjin SmartStream dihasilkan dalam beberapa versi, tapi bagi kategori 4 silinder ia dihasilkan dalam varian 1.2, 1.4, 1.5, 1.6, 2.0 dan 2.5 samaada dengan turbo atau Natural Aspirated. Bagi versi 2.5 paling berkuasa ia menghasilkan 300 kuasa kuda dan 422Nm tork bagi kegunaan Kia Stinger.

Mungkin dalam 10 tahun lagi enjin dengan teknologi turbo tidak lagi akan digunakan dengan kehadiran teknologi EV. Paling sesuai pun enjin ini akan digunakan dalam teknologi hibrid dan juga sebagai range extender.

Google ads
Back to top button