Buletin

10 JUTA RAKYAT INDONESIA DIJANGKA TETAP BALIK KAMPUNG UNTUK BERAYA. DEGIL BETUL…

Pihak berkuasa Indonesia menjangkakan sekurang-kurangnya 13 peratus daripada 80 juta rakyatnya akan tetap pulang beraya ke kampung biarpun larangan sudah dimuktamadkan.

Menteri Penyelaras Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, jangkaan itu dibuat kerana masih ada penduduk yang degil dan enggan patuh arahan larangan mudik berkenaan. 

“Kementerian jangka pasti ada penduduk yang tetap akan balik beraya di kampung biarpun arahan kerajaan sudah dikeluarkan.

“Dianggarkan 13 peratus atau 10 juta penduduk dijangka pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Muhadjir, angka tersebut sudah cukup untuk meningkatkan jangkitan Covid-19 kerana jumlah itu adalah dua kali ganda daripada penduduk Singapura.

Selain itu, beliau juga tidak mahu sambutan Aidilfitri menjadi pencetus kepada peningkatan kes Covid-19 di republik berkenaan. – Utusan Malaysia 

Google ads
Back to top button