Buletin

INDONESIA TAK BAGI RAKYAT BALIK RAYA AIDILFITRI TAHUN INI

Indonesia semalam mengumumkan larangan bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1442 hijrah ke atas ratusan juta rakyatnya dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

“Larangan mudik akan bermula pada 6 hingga 17 Mei 2021. Masyarakat tidak boleh melakukan pergerakan atau kegiatan-kegiatan ke luar provinsi atau daerah,” kata Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy pada sidang media menerusi webinar pada Jumaat.

Beliau berkata, perincian berhubung larangan itu akan diumumkan pihak polis dan Kementerian Perhubungan (Pengangkutan). Tahunlalu, Indonesia turut menguatkuasakan larangan bermudik semasa sambutan Aidilfitri.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat pada Khamis, lebih 1.48 juta dijangkiti Covid-19, dengan 1.31 juta daripadanya sembuh manakala mereka yang maut akibat virus itu kini 40,081 orang. – Bernama

Google ads
Back to top button