Artikel Pilihan

10 KERETA DENGAN NAMA PALING PANJANG DI DUNIA

Kereta biasanya datang dengan 2 nama, 1 digunakan semasa proses pembangunan dan 1 lagi digunakan selepas pelancarannya. Semasa proses pembangunan nama yang digunakan adalah sukar untuk difahami oleh orang awam, sebagai contoh D66B.

Namun selepas dilancarkan, D66B mungkin akan diberikan nama yang lebih menarik, sedap disebut dan mempunyai maksud tertentu. Mungkin juga ia akan dinamakan sebagai Nexus, hanya satu perkataan yang sedap untuk disebut.

Tetapi bagaimana pula jika pihak jabatan pemasaran memutuskan untuk memberi nama yang panjang dan rumit kepada model baru tersebut. Kami senaraikan 10 kereta dengan nama melebihi 7 patah perkataan

1. Renault Megane Renaultsport 230 F1 Team R26

Sebelum jenama Alpine dibeli dan diperkenalkan semula Renault, jenama dari Peranchis ini tidak memiliki cabang perlumbaan mereka sendiri. Apa sahaja model berkuasa tinggi dan laju dari model biasa akan diberikan nama Renaultsport

Renault Megane merupakan model kompak, diberikan naiktaraf termasuklah enjin yang menjana 230PS (227hp), dan diperkenalkan sempena kemenangan Renault dalam perlumbaan F1 pada tahun 20006 dengan menggunakan jentera R26

2. Alfa Romeo Giulietta Quadrifoglio Verde Launch Edition

Jenama Itali ini memang pakar dalam menghasilkan nama yang pelik bagi perkara yang biasa sebenarnya biasa sahaja. Sebagai contoh quattroporte membawa maksud empat pintu. Quadrifoglio pula membawa maksud daun 4 kelopak, dan bagi Alfa Romeo ia membawa maksud varian prestasi tinggi

Verde pula membawa maksud warna hijau. Sekarang anda boleh teka maksud nama penuh kereta di atas.

3. Mitsubishi Lancer Evolution VI GSR Tommi Mäkinen Edition

GSR membawa maksud Grand Sport Racing iaitu varian yang lebih selesa, sedap dipandu jarak jauh dan dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang menjadikan kereta ini lebih senyap berbanding dengan varian RS yang lebih “togel”

Tommi Mäkinen Edition pula merujuk kepada pemandu dari Finland yang membantu Mitsubishi memenangi perlumbaan World Rally Championship. Hasilnya anda dapat sebuah model dengan 8 patah perkataan, senak juga nak isi borang di JPJ nanti

4. Subaru Impreza WRX STi tS Type RA NBR Challenge

Model ini dilancarkan pada tahun 2013 dan tS membawa maksud tuned by STi iaitu salah satu cabang prestasi tinggi di bawah Subaru. Namun perkataan RA sukar untuk diteka melainkan ia membawa maksud Rally Application’ atau ‘Record Attempt’.

Namun perkataanNBR membawa maksud Nurburgring, dengan model ini dihasilkan dalam 200 unit terhad pada sempena kemenangan Subaru di litar ini pada tahun 2011 dan 2012

5. Porsche Cayenne Turbo e-Hybrid Coupe with GT Package

Model ini adalah model Cayenne yang paling varian paling mahal yang dihasilkan, lengkap dengan enjin V8 turbo berkembar dan juga motor elektrik yang menjana sehingga 729 kuasa kuda. Keadaan ini sekaligus menjadikan model ini antara SUV paling berkuasa yang dihasilkan oleh Porscge

Bagi mengetengah rekaan sport, ia direka dengan bumbung yang condong ke belakang, bagi mengurangkan seretan udara sama seperti Cayenne Turbo GT dulu. Dengan bumbung gentian karbon, SUV dengan nama mencapai 8 patah perkataan ini adalah 100kg lebih ringan berbanding dengan bumbung biasa.

6. Mercedes-AMG A45 4Matic Petronas 2015 World Champion Edition

Dengan nama mencecah 9 patah perkataan, model ini adalah sebuah model AMG A45 yang menjana sehingga 381 kuasa kuda, diberikan sistem pacuan semua roda, dengan nama Petronas sebagai penaja pasukan dan meraikan kemenangan pada tahun 2015

Selain diberikan jalur berwarna hijau dan hitam pada bahagian atas dan sisi, ia juga diberkan rim bersaiz 19 inci, front splitter, dan pakej AMG Dynamic Plus

7. Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce China Limited Edition

Jangan terkejut kerana nama ini sebenarnya masih pendek mengikut tatanama yang digunakan oleh Lamborghini. The LP670-4 SuperVeloce merupakan varian yang paling berkuasa dan paling ekstrim yang dihasilkan bagi model Murcielago. LP membawa maksud ‘longitudinale posteriore’, atau ‘longitudinal rear’, merujuk kepada posisi enjin MR (mid engine rear wheel drive).

670 merujuk kuasa yang dihasilkan dalam format PS dan angka 4 menunjukkan ia sebuah pacuan semua roda. SuperVeloce pula membawa maksud ‘SuperFast’ atau terlalu laju, namun ia hanya dihadkan untuk pasaran China

8. Land Rover Range Rover Velar SV Autobiography Dynamic Edition

Land Rover merujuk kepada satu jenama SUV yang popular, manakala Range Rover adalah model yang lebih moden yang mulai digunakan secara meluas menjelang tahun 1994, Land Rover Range Rover. Itu belum lagi dikira varian lain seperti Sport, Evoque atau Velar.

Velar adaah varian paling mewah dan dipadankan dengan enjin V8 Supercaj bagi varian SVAutobiography. Tak cukup dengan itu ia ditambah dengan 2 perkataan lagi iaitu Dynamic Edition, merujuk kepada varian yang ditala untuk pengendalian sport.

9. Toyota GR Yaris RZ High Performance Kalle Rovanperä Edition

Nama GR Yaris memang diketahui adalah varian paling berkuasa dan diasaskan untuk perlumbaan, namun apabila disertakan dengan nama Kalle Rovanperä, ia merujuk kepada model yang telah memenangi WRC pada tahun 2022 dan 2023. Namun RZ adalah varian paling berkuasa, dalam kategori Yaris menghasilkan nama yang cukup panjang dalam sejarah Toyota

10. BMW Individual M760Li xDrive Model V12 Excellence The Next 100 Years

760 adalah varian paling berkuasa dalam keluarga 7 Series, menggunakan enjin V12 menjana 610 kuasa kuda 800Nm tork, dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda. Model ini dihasilkan sempena ulang tahun ke 100 BMW. Itu sahaja

Google ads
Back to top button