Motosikal

HARLEY-DAVIDSON DRT: ABANG BERAS BELASAH ROAD GLIDE DI LITAR BIRA PATTAYA 

Baru-baru ini kami telah dijemput menyertai Harley-Davidson DRT (Dirt Road Track) yang berlangsung di Litar Bira Pattaya, Thailand pada 21 hingga 22 Mei lalu. 

Seperti edisi sebelumnya yang berlangsung di Khao Yai, Thailand, edisi 2024 juga membenarkan kami menguji barisan model Harley-Davidson keluaran 2024 antaranya Road Glide, Street Glide, Fat Boy, Street Bob, Low Rider ST, Breakout, Nightster dan Sportster S. 

Selain Mekanika yang mewakili Malaysia, turut hadir adalah pengamal media dari Filipina, Vietnam, Taiwan, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan India. 

DRT merupakan inisiatif Harley-Davidson bagi membolehkan pengamal media dan peminat jenama klasik Amerika Syarikat itu merasai kemampuan jentera Harley-Davidson di semua jenis permukaan di bawah pengawasan pengajar. 

Abang Beras berpeluang merasai Street Glide dan Road Glide 2024 di jalan raya terbuka. Kedua-duanya menawarkan pengalaman menunggang yang cukup selesa dan lincah meskipun kelihatan luar biasa. 

Ketika di jalan raya, penganjur  membenarkan petugas media menunggang CVO Road Glide ST yang merupakan model varian perdana (flagship) bagi Harley-Davidson. 

Namun, cabaran terbesar bagi Abang Beras adalah mengendalikan ‘anak gajah’ Harley-Davidson Pan America 1250 Special di permukaan ‘off-road’. Menurutnya, motosikal tersebut menawarkan pengalaman menunggang yang mantap meskipun bagi penunggang yang kurang pengalaman di ‘off-road’. 

Ketika acara berlangsung, Harley-Davidson turut mempamerkan model 2024 edisi terhad yang menampilkan skema warna Tobacco Fade istimewa. 

Google ads
Back to top button