
TRIUMPH BONNEVILLE T120 ELVIS PRESLEY EDITION DILANCARKAN
Triumph telah melancarkan motosikal edisi terhad terbaru kali ini menerusi Triumph Bonneville T120 Elvis Presley Edition sebagai penghargaan kepada bintang Rock and Roll itu.
Walaupun terkenal dengan muzik namun Elvis juga merupakan peminat motosikal termasuk Triumph.

Menurut Triumph, T120 edisi terhad ini mengambil inspirasi daripada persembahan ikonik Elvis ketika ‘Comeback Special’ 1968. Konsep persembahan itu jelas terpakai pada imej yang diguna pakai Triumph bagi T120 Elvis Presley Edition ini.
Sementara itu, motosikal tersebut menampilkan tulisan ELVIS dalam warna emas dan tanda tangan Elvis di bahagian atas tangki. Fender depan pula menempatkan lencana ‘Taking Care of Business in a Flash’ (TCB).

Skema warna Carnival Red yang mewarnai model edisi terhad ini diilhamkan dari motosikal Bonneville yang dikustom oleh J Daar sempena kutipan derma oleh Elvis Presley Charitable Foundation pada tahun 2023.

Terhad kepada 925 unit seluruh dunia, Triumph Bonneville T120 Elvis Presley Edition ini turut menampilkan nombor unit di bahagian handlebar termasuk tanda tangan Elvis.

Atas kertas, Triumph Bonneville T120 Elvis Presley Edition ini dikuasakan enjin parallel-twin 1200cc 8-valve SOHC dengan ‘270-degree crank’ yang berupaya menajana 78.9hp pada 6,550rpm dan 105Nm pada 3,500rpm.