Artikel Pilihan

10 KERETA SEDAP BERHARGA RM30K JE…

Kebiasaan orang bila dia beli kereta ni dia nak mudahkan semua benda. Senang jaga, jimat minyak, senang repair, tahan lasak dan tak memeningkan kepala. Sebab tu jualan kereta Perodua terus jadi nombor satu dari dulu. Sebab mereka tawarkan produk yang simple, boleh guna, senang repair dan boleh bertahan lama.

Tapi bagi sesetengah yang lain, mereka taknak kereta biasa-biasa. Nak kereta yang ada “stail”, ada prestasi dan dengan bajet yang rendah macam harga kereta Perodua.

Dan kebanyakannya beli kereta begini sebab kurang pakai. Kereta yang hanya untuk hari minggu, kereta hobi boleh modified sikit-sikit dan mereka nak nampak special daripada yang lain.

Ye lah, kau keluar je pagar rumah nampak Axia, Myvi, Alza.

Jadi, wujud ke kereta yang harga lingkungan RM30K ni tuan tuan? yang sedap?

Ada. Tapi kereta terpakai lah.

Kereta-kereta yang kami senaraikan ni semuanya dulu berharga 6 digit mahal-mahal semua tapi bila dah berumur, harga dia boleh dengar sangat.

Kereta yang berteknologi tinggi ni lagi satu janganla harap dia punya maintenance murah macam Perodua.

Mahal la sikit maintenance nya. Tapi kalau mampu apa salahnya? Nah. sila tonton video di bawah. Panjang lebar Abang Japar sembang. Video ni dah publish tahun lepas lagi, tapi since ramai yang tanya, abang up balik.

Google ads
Back to top button