Artikel Pilihan

“SURAT TERBUKA UNTUK PROTON” – PEMILIK

Proton hari ini telah jauh berubah menerusi kemasukan Geely menjadi sebahagian entiti syarikat. Pengenalan produk-produk baru yang berdaya saing seperti X70 dan X50 telah meletakkan Proton seiring dengan pengeluar jenama utama dalam negara dan ia dibuktikan dengan lonjakan angka jualan dan juga tempoh menunggu model baru mereka yang kini mencapai tempoh berbulan lamanya.

Sambutan terhadap model ini jelas memperlihatkan kembalinya kepercayaan orang ramai terhadap jenama ini, namun dengan angka jualan yang meningkat, perkhidmatan lepas jualan juga terpaksa bersedia untuk menerima jumlah kenderaan yang tinggi untuk servis dan juga pembaikan alatganti.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pemilik model X70 gusar dengan ketersediaan alatganti malah ada yang kecewa sehingga menjual kenderaan mereka dalam bentuk “scrap

Rata-rata pemilik X-70 seperti yang dilihat di dalam forum dan laman pemilik memberitahu perkara yang sama. Perlu menunggu alatganti dalam tempoh yang lama, hatta untuk perkakasan paling kecil.

Itu tentang X70, sebuah model keluaran Geely yang mana sebahagian peralatannya masih perlu diimport dari China. Bagaimana pula dengan kereta-kereta keluaran Proton sendiri?

Beberapa hari lepas, pembaca mengantarkan kepada kami rungutan pemilik Proton Exora. Jika ia adalah Exora, masalah yang biasanya dikomplen tak lain tak bukan ialah Oil Cooler Hose atau OCH.

Komponen OCH ini adalah bahagian yang tidak asing lagi bagi pengguna Proton Exora Bold/Preve/Suprima S yang mana seringkali menjadi mimpi ngeri buat mereka apabila ia pecah.

Seperti yang dilaporkan oleh saudara Halim Din, beliau menghadapi masalah yang sama namun apa yang mengecewakannya ialah tindakan susulan oleh pihak Proton.

Berikut adalah tulisan asal dari beliau;

…………………………………………………….

Bismillah…

Surat Terbuka Buat PROTON MALAYSIA.

Saya telah menguruskan pembelian sebuah Proton Exora Turbo untuk anak saya yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Pembelian dibuat di Ipoh dalam bulan November 2020.

22 Dec 20, Exora nya rosak & dibawa ke Pusat Servis Proton di Kajang. Mengikut mereka, Hos Turbo nya pecah. Keretanya telah dibawa keluar & siap pada 7 Jan 21.

Berbagai alasan diberi kepada saya. Tiada barang ganti, HQ buat stock take..masa berjalan, saya kerap follow up dengan wecare proton & pusat servis tersebut.

Menunggu dengan harapan…langsung tiada panggilan dari wakil We Care Proton & Pusat Servis. Tinggallah no.tel saya pada mereka, talipon la banyak kali..namun hampa.

Anak saya no 2 ialah seorang Mekanik dia memberi saya idea, untuk bertanya Pusat Servis, detail barang yang rosak. Saya pun menghubungi Pusat Servis, minta mereka bg gambar barang yang rosak.

Saya mengatakan kepada mereka, saya akan cuba usaha mencari barang yang rosak tu di Ipoh. Pusat Servis telah menghantar kepada saya gambar barang yang rosak beserta kod nya.

Saya tunjukkan kepada anak saya yang Mekanik ni, gambar yang dihantar mereka.

Hos Turbo ni..belambak kat Ipoh ni, boleh cari di Kedai Alatganti. Beliau menalipon kawannya di AQ Supplies Sdn.Bhd ( Medan Kid Ipoh) menanyakan tentang Hos Turbo tersebut.

Kawannya kata ada. Saya bergegas ke Kedai tersebut & berjaya mendapatkanya dengan harga RM 95. Terus saya mohon alamat Pusat Servis tersebut & dihantar ke alamat yang diberi melalui courier J&T pada 5 Jan.21.

6 Jan 21, Pusat Servis terima alat ganti yang dihantar & 7 Jan 21, anak saya membawa Exora nya keluar.

#Alat ganti yg saya beli tidak boleh dituntut jumlahnya.

#Anda langsung tidak menghubungi saya.

#Saya amat kecewa dgn.perkhidmatan anda PROTON

#Sepatutnya sama2 mencari penyelesaian, bukannya sibuk birokrasi..tunggu HQ Proton

#Anak duduk Lembah Kelang,bukan duduk ulu kampung, teruk sangat ke nak cari alat ganti di tempat lain?

#Langsung tiada kereta ganti

#Hos Turbo jer..tak kan tak de barang ganti?

Google ads
Back to top button