Artikel Pilihan

PEMANDU CHINA TERSELAMAT SELEPAS KERETA MENLUNCUR KE UDARA DAN MELANGGAR PONDOK TOL – PANJANG LAGI UMUR

DOK TOL – PANJANG LAGI UMUR

Kemalangan akibat merempuh plaza tol ni dah biasa kita dengar. Cuma setakat ni belum ada lagi kemalangan seperti dalam video ni di negara kita. Bayangkan kereta yang dipandu melambung ke udara selepas langgar penghadang plaza tol sebelum jatuh terhempas. Itulah yang menimpa seorang pemandu kereta sedan di China beberapa hari lepas.

Insiden berlaku pada 24 November lalu sekitar jam 8.20 malam dan berjaya dirakam CCTV berdekatan. Ia berlaku di plaza tol Shihe, Shengyang-Dalian Expressway yang menghubungkan dua bandar besar di China, Shenyang dan Dilian.

Entah apa yang berlaku atau mungkin juga terlelap, pemandu tersebut menghampiri plaza tol dengan kelajuan tinggi dan melanggar penghadang yang berada di bahagian tengah antara dua plaza tol.

Bentuk penghadang yang berbentuk separuh bulatan dan meninggi di belakang membuatkan kereta tersebut meluncut hampir 20 kaki ke udara dan menghentam struktur bumbung plaza tol sebelum terjatuh kembali dalam keadaan terbalik.

Pasukan bomba yang tiba beberapa minit kemudian melaporkan yang pemandu berada dalam keadaan selamat. Mereka berjaya mengeluarkannya dari kereta  tersebut tanpa sebarang masalah. Kira ajaib jugak ni. Mungkin ada cedera kat mana-mana tapi memang sukar dibayangkan tanpa rakaman CCTV.

Apa-apa pun kita semua perlu lebih berhati-hati semasa memandu untuk mengelak kejadian yang tidak diingini. Ini kira contoh yang err… pelik tapi benar.                                     

Google ads
Back to top button