Artikel Pilihan

11 SALAH FAHAM ORANG RAMAI TERHADAP KERETA ELEKTRIK.

Sedar atau tidak pihak kerajaan melalui belanjawan 2023 telah menyediakan banyak peruntukan untuk pembangunan dan ekosistem kereta elektrik dan teknologi karbon neutral. Dalam industri pengangkutan, antara segmen yang banyak menerima dana ialah kereta berkuasa elektrik.

Tapi sayangnya teknologi ini telah dipandang serong oleh kebanyakan pengguna yang tidak memahami dengan jelas berkenaan dengan kereta elektrik. Antara salah faham tersebut ialah:

1. Kos pengecasan yang mahal– ya dulu memang mahal sebab caj akan dikira berdasarkan masa EV diparkir ketika dicaj. Dulu penyedia stesen terpaksa mengenakan kos berdasarkan masa parkir kenderaan disebabkan mereka tidak boleh mengenakan cah berdasarkan kWh.

Hanya TNB saje yang boleh mengenakan caj elektrik berdasarkan kWh kepada pengguna. Tapi semakin ramai penyedia perkhidmatan seperti Gentari Petronas memberikan kos pengecasan berdasarkan kWh, sebagai contoh Rm 1= 1kWh bagi DC Fast Charging 120kWH. Nak murah anda boleh caj EV di rumah, jauh lebih murah

2. Proses pengecasan EV ni lambat – sapa suh tunggu di sebelah kereta sewaktu ia dicaj kerana kita akan mengecaj EV pada waktu malam (overnight charge). Ada nampak pemilik EV tunggu di tepi kereta semasa dicaj? Tak ada kan. Sama juga seperti kita membasuh kain, ada ke orang tunggu sampai 3 jam di tepi mesin basuh kat rumah, tak ada bro

Orang gila je yang tunggu . Anda boleh pergi makan, tidur, tengok tv atau melakukan kerja yang lain. Balik dari kerja terus caj dan pagi esok penuh. Kita jadikan rumah sebagai stesen minyak

3. Habis tu takkan kena tunggu 8 jam tepi highway?– untuk perjalanan jarak jauh, pengguna EV akan guna guna DC Fast Charger. 30 minit tu sekejap je naik kalau guna 120kWh. Ikut pengalaman penulis, 30 minit itu adalah masa untuk solat, ke tandas, dan minum secawan kopi

Dalam masa 30 minit tu, bateri akan naik 30%. Kalau anda membawa ahli keluarga, biasanya anda akan berehat hampir sejam, cukup untuk mengecaj dengan lama

4. Kalau jem habis la bateri – anda ingat EV ini macam enjin ke, dalam jem guna petrol. Tak same boh, dalam kesesakan EV hanya guna sikit saja bateri. Tak luak sangat pun. Dalam jem EV boleh caj balik pakai regenerative braking

5. Tak boleh bawak laju bateri habis – sama je macam kete biasa, anda tekan rapat abis la cepat minyak. Memandu dengan berhemah maka anda akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Bagi EV ia akan diukur dengan jarak berapa kilometer perjalanan bagi setiap 1kWh. Sebagai contoh, Hyundai Kona EV mampu membuat 8.8km perjalanan bagi setiap 1kWH

Sumber gambar FB, Perjalanan BMW bila sangkut dalam jem, sejauh 19km ganya guna 1.7kWh
Kalau caj kat Gentari, rm 1.7 saja weh

6. Lepas 8 tahun EV tak boleh pakai – sama macam teknologi hybrid, lama-lama akan ada orang biasa yang boleh baiki EV di bawah pokok ceri. Kalau bateri rosak, kita akan tukar sel bateri, inverter rosak, tukar inverter, on board charger rosak, tukar OBC

Buat masa sekarang pengeluar memberi jaminan 8 tahun atau sehingga 160,000km untuk bateri, motor dan juga komponen trenkuasa

7. EV mahal – ye buat masa sekarang, tapi teknologi EV ni bergerak laju. Satu hari nanti EV akan jadi murah macam Tata Tiago EV lebih kurang RM 50,000 saja. Memang secara teori, pengeluar EV akan menghasilkan EV yang mahal dulu. Teknologi memerlukan pelaburan, dan EV mahal ini memberi pulangan pelaburan yang cepat. Cepat ROI, maka cepat la pengeluar menghasilkan EV versi murah

8. Charger sekarang tak cukup– ya buat masa sekarang stesen pengecas EV memang tak meluas lagi. Tapi kalau ikut belanjawan 2023, 500 stesen pengecas akan dibuka dibawah inisiatif Petronas Gentari dan 70 stesen pengecas TNB Electron

Anda boleh muat turun aplikasi Setel, Jomcharge, ChargeEv, plugshare dan Go To-U untuk mencari lokasi pengecaj. Malah kebanyakan pusat pengecaj di BMW boleh diakses kepada umum dengan aplikasi ChargeEV

Bil bulan 1 sebelum mengecaj Volvo C40

9. bateri cepat rosak – ada cara guna kereta EV ni. Kalau untuk tahan lama, biasakan untuk mengecaj bateri sehingga 80% bagi pemanduan jarak dekat. Penggunaan pengecaj yang perlahan sebenarnya lebih baik untuk bateri dalam jangka masa yang lama

Untuk perjalanan jarak jauh, barulah anda caj EV kepada 100% untuk jarak perjalanan yang maksimum. Jika tiada keperluan, anda minimakan penggunaan DC Fast Charger. Buat masa sekarang bateri paling bagus ada pada BYD, kalau tak salah Tesla pun akan mintak BYD supply Blade Battery pada masa akan datang. BYD Blade Battery ini boleh dicaj 100% sepanjang masa tanpa masalah

10. Kalau caj kat rumah, bil letrik mahal – tak mahal mana pun. Rujuk gambar yang disertakan, ia adalah anggaran kos yang perlu dibayar oleh penulis bagi mengecaj Volvo C40 sekitar 80%. Bil eletrik rumah baru naik rm 10 sahaja

Bil terbaru bulan Februari selepas mengecaj Vovo C40 sebanyak 80%

11. EV tiada bunyi garang – ya buat masa sekarang agensi keselamatan negara belum mewajibkan bunyi pada EV. Tapi mulai tahun 2019, negara kesatuan Eropah telah menetapkan EV mesti menghasilkan sedikit bunyi kepada pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki

Anda nak bunyi VTEC, bunyi turbo “kepissh”, bunyi V6, bunyi V8, bunyi V10, bunyi V12, bunyi supercharge, semua boleh bikin dengan perisian dan pembesar suara. Mungkin bunyi ini akan dihasilkan oleh pembesar suara Bang & Olufsen, Meridian, Harman Kardon, Mark Levinsen dan jua Burmeister.

Google ads
Back to top button