Buletin

12 UNIT VW BEETLE EDISI TERHAD HABIS DIJUAL DALAM MASA 20 MINIT DI LAZADA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mencatat satu sejarah baru hari ini apabila 12 unit Volkswagen Beetle edisi terhad berjaya dijual dalam masa hanya 20 minit di laman web Lazda Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM112,112 seunit, Beetle pertama ditempah dalam masa cuma 26 saat selepas tengah malam.

VPCM telah bekerjasama dengan Lazada untuk menawarkan model tersebut sempana jualan mega Lazada Online Revolution yng bermula dari 12 hingga 14 Disember 2017.

Beetle itu hadir dalam dua rekaan – “Herbie 53” berwarna putih dan “Hot Bug” dengan warna merah. Untuk menempah, pelanggan perlu membeli Welcome Kit berharga RM5,000 yang juga bertindak sebagai yuran tempahan.

“Kami sangat gembira kerana dapat menjual semua 12 unit Beetla dalam masa yang begitu singkat. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang gemar membeli secara dalam talian,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Google ads
Back to top button