Artikel Pilihan

MEMPERKENALKAN JENAMA KENDERAAN TERBAHARU DARI CHINA – BISU AUTO

Tolong tanya Brader Karrager apa pasal nama dia pelik. Mujur Bisu dan bukannya Bisul. Pasaran kenderaan di China tersangatlah luas. Kalau nak dihitung, bimbang tak cukup pula jari pengeluar dari China ini. Dan ini Brader Karrager perkenalkan, pemain baharu dalam industri, Chongqing Bisu Automobile Co., Ltd. 

BACA : SYARIKAT “SEPULUH SEN” CHINA BELI SAHAM SYARIKAT TESLA BERJUMLAH USD 1.7BILLION

BACA : WULING SEDIA MENCABAR TOYOTA INNOVA PULA

Bisu Automobile ini telah diwujudkan pada 28 April 2015 oleh induknya, Chongqing Yinxiang Industrial Group Co., Ltd. Kalau anda berasa iannya barangkali mempunyai kilang pembuat serupa di Jinjang ternyata telahan itu silap dan khurafat sama sekali. Bisu ini mempunyai kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan yang cukup lengkap bersekali dengan pembuatan enjin.

Peringkat awal ini, Bisu Auto ini baru sahaja melancarkan tiga model, dua SUV dan juga MPV. Sungguh pun demikian, Bisu telah mempunyai perancangan sehingga tahun 2020 untuk menambahkan lagi model sedia ada kepada dua buah model SUV, dua model EV serta sebuah model sedan.

Bisu M3

Dengar nama M3 pasti ramai yang salah sangka model BMW M3. Sebetulnya M3 ini adalah satu-satunya model MPV yang berada dalam barisan model Bisu. Menurut mereka, tiada keperluan untuk mengeluarkan model MPV selain daripada M3 ini walau pun persaingan MPV di China boleh tahan hebat juga sebenarnya.

Ianya disasarkan kepada golongan muda yang inginkan sebuah MPV dengan harga 1China, diantara Yuan 61.900 – 83.900 (RM38,201 – RM51,778). Cukup murah bagi sebuah MPV dengan enjin 1.5 liter. Konfigurasi tempat duduk 2+2+3 memberikan lebih keselesaan kepada penumpang di barisan kedua. Bagi menampilkan efek mewah, penggunaan skirn sesentuh bersaiz 10 inci tersedia kau! Mentang-mentanglah tablet China ni murah. Beli pasang terus di kereta.

Bisu T3

Model SUV kompak ini antara model yang harus diberikan perhatian oleh bakal pembeli di China. Menggunakan enjin 1.3 lengkap dengan pendesak turbo, pasti menjadi tarikan utama untuk bakal pembeli mencetak slip gaji dengan kadar segera. Balutan kulit tempat duduk menampilkan ciri-ciri mewah yang sepatutnya bagi harga diantara Yuan 74.900 – 86.900 (RM46,224 – RM53,630).

Sekali lagi, sebuah tablet bersaiz 9 inci kini menghiasi dada papan pemuka bagi menggantikan sistem hiburan dalaman. Apa barang 7 inci, iya tak?

Bisu T5

Ianya bolehlah dikatakan sebagai sebuah SUV yang bersaiz penuh dengan kapasiti tujuh tempat duduk. Ianya adalah segmen yang sangat sengit bagi pasaran China. Puluhan model dari jenama seChina sahaja sudah cukup membuatkan pembeli sakit kepala memilih. Anda rasa pembeli ada masa untuk sakit kepala?

Bagi bersaing dengan jenama lain sudah sudah bertapak kukuh, model T5 ini didatangkan dengan spesifikasi yang sepatutnya seperti tempat duduk yang dibaluti kulit berserta dengan bumbung suria. Bekalan enjin pula hanya dijanakan kuasa 1.5 liter dilengkapi pendesak turbo dengan kotak gear manual 6 kelajuan ataupun kotak gear auto 5 lima kelajuan bagi mengimbangi kapasiti penumpang yang penuh di barisan belakang.

Kuasa yang dihasilkan sekitar 147hp barangkali memadai untuk meluncur lancar di lebuhraya. Harga yang ditawarkan pula adalah bermula dari Yuan 80.000 (RM49,357).

Kredit : carnewschina.com

 

Google ads

B K

Back to top button