Artikel Pilihan

15 GEAR, PENANDA ARAS BARU TEKNOLOGI TRANSMISI

Horse Powertrain iaitu sebuah firma kejuruteraan baru yang dibentuk melalui kerjasama Geely, Renault dan Saudi Aramco telah melancarkan satu unit trenkuasa baru. Diberi nama dengan kod DB49, trenkuasa ini akan mula digunakan pada Renault Rafale Plug-In Hybrid pada tahun 2025 nanti

Trenkuasa DB49 ini merupakan evolusi kepada trenkuasa DB35 yang dihasilkan oleh Horse Powertrain dengan kemampuan untuk menampung sehingga 470Nm tork samaada daripada enjin ataupun motor elektrik

Selain berupaya menghasilkan sehingga 15 ratio dengan menggabungkan 2 motor elektrik, unit trenkuasa ini juga direka dengan sangat kompak bagi mencapai berat minima 99kg sahaja termasuk tidak menggunakan sebarang aplikasi sistem klac

2 motor elektrik ini juga berupaya menjana sehingga 48PS membantu menggerakkan kenderaan dari keadaan statik atau membantu proses pemanduan. Menurut Horse Powertrain lagi, unit trenkuasa ini boleh digunakan pada kenderaan hibrid, elektrik ataupun kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran sahaja

Bagi mengawal operasi gear dan juga motor elektrik, Horse Powertrain menggunakan sistem Power Electronic Box iaitu sistem kawalan elektronik integrasi yang dihasilkan di fasiliti mereka die Aveiro Sepanyol.

Sistem Power Electronic Box ini menggabungkan kawalan gear fizikal dan motor elektrrik bagi mengurangkan proses pengecasan dan memaksimakan penggunaan motor elektrik untuk pemanduan

Buat masa sekarang, SUV Renault Rafale dihasilkan dalam 2 varian samaada varian hibrid ataupun plug-in hybrid dengan kedua dua model dikuasakan dengan enjin 1200cc 3 silinder turbo yang menjana 129 kuasa kuda dan 148 kuasa kuda.

Bagi varian hibrid, gabungan kuasa adalah sekitar 196 kuasa kuda manakala varian plug-in hybrid pula menjana sehingga 300 kuasa kuda dengan bateri sebesar 22kWh.

Google ads
"
"
Back to top button