Buletin

MCLAREN P1 GTR GIAT DIUJI

Program pembangunan model paling eksklusif McLaren sedang rancak dijalankan.

McLaren-P1-GTR-mekanika (13)

McLaren P1™ GTR edisi terhad itu dijangka diproduksi pada penghujung tahun ini. Sebelum itu, Program Pemandu untuk model yang dikhaskan untuk kegunaan trek sahaja itu akan melakukan debut pada acara Geneva Motor Show 2015, Mac depan.

Jentera itu kini sedang giat diuji di UK, Eropah serta pada kondisi ekstrem di Bahrain dan Qatar. Diuji oleh ketua pemandu ujian berpengalaman, Chris Goodwin ia bakal menjadi model McLaren yang paling pantas.

McLaren-P1-GTR-mekanika (6)

Ujian-ujian itu nyata memaksimumkan tahap prestasi McLaren P1™ GTR. Malah, rekaan aerodinamik dan aspek penyejukan juga telah ditambah baik.

McLaren-P1-GTR-mekanika (5)

Menerusi pengurangan berat dan rangkaian kuasa petrol-elektrik yang telah dioptimumkan, McLaren P1™ GTR mampu menawarkan nisbah berat-kuasa 10 peratus lebih baik berbanding model terdahulu.

McLaren-P1-GTR-mekanika (9)

Dengan menggunakan teknologi sukan bermotor yang terbaik, jentera itu memiliki kuasa lebih 700PS. Video program pembangunan McLaren P1™GTR boleh ditonton di: http://youtu.be/4pDwmMruOtA

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button