Buletin

APRILIA SR-GT 125/200 TAMPIL LEBIH GARANG DENGAN GRAFIK BAHARU

Aprilia baru-baru ini memperkenalkan edisi ‘replika’ baharu bagi skuter SR-GT 125/200, dengan grafik yang diilhamkan daripada pasukan MotoGP.

Rekaan ini dipilih bukan tanpa sebab, kerana rekaan ini merupakan rekaan Aprilia MotoGP yang pernah memenangi perlumbaan MotoGP di England dan Catalunya.

Tampil sporty, ia dipadankan bersama warna hitam matte, aksen merah serta ungu selain, rim juga dikemaskan lagi dengan sorotan merah dan grafik ‘Aprilia’ diletakkan pada setiap sisi.

Aprilia SR-GT dilengkapi dengan sistem Start & Stop yang dikenali sebagai RISS (Regulator Inverter Start & Stop System).

Kelengkapan lain termasuklah unit lampu LED, windshield, rim aloi berukuran 14-inci di hadapan dan 13-inci di belakang

SR-GT Replica akan tersedia dalam varian 125 dan 200. Varian 125cc menawarkan janaan kuasa 14.7hp @ 8,750rpm dan tork 12Nm @ 6,000rpm.

Bagi varian 200cc pula, ia berupaya menghasilkan 17.4hp @ 8,500rpm dan tork 16.5Nm @ 7,000rpm. Kedua-dua enjin datang dari rangkaian i-Get Piaggio serta Euro5 -homologasi.

Google ads
Back to top button