Buletin

SUZUKI TANDATANGAN PERJANJIAN DENGAN SKYDRIVE, KELUARKAN KERETA TERBANG!

SkyDrive Inc. dan Suzuki Motor Corporation telah menandatangani satu perjanjian asas untuk bekerjasama dalam pengeluaran pesawat SKYDRIVE eVTOL (pesawat berlepas dan mendarat secara vertikal kuasa elektrik).

SkyDrive beroperasi di bandar Toyota, Aichi, Jepun dan secara rasminya ditubuhkan pada 2018 selepas pengujian konsep dan prototaip kereta terbang sejak 2014.

Misi syarikat ialah untuk semua orang mempunyai akses kepada eVTOL sebagai kenderaan harian di Jepun dan serata dunia.

Suzuki pula selain mengeluarkan kereta dan motosikal turut mempunyai produk lain seperti enjin sangkut dan kerusi roda bermotor. Satu yang menarik, Suzuki mempunyai skuter dengan nama Skydrive.

SkyDrive akan menubuhkan sebuah subsidiari milik penuh yang akan mengeluarkan eVTOL SKYDRIVE dan bersama Suzuki, syarikat itu akan menggunakan kilang milik Suzuki Group di Shizuoka.

Rancangannya ialah untuk mengeluarkan SKYDRIVE pada musim luruh 2024 (di antara Mac hingga Jun).

Selain penggunaan kilang, Suzuki juga akan mendapatkan kakitangan dan membuat beberapa persedian lain untuk memulakan pengeluaran.

SKYDRIVE yang akan dikeluarkan tersebut mempunyai kapasiti tiga tempat duduk dengan dua penumpang dan satu juruterbang.

Ini adalah versi terbaru berbanding model dua tempat duduk terdahulu. eVTOL itu mempunyai ukuran 13 meter panjang, 13 meter lebar dan 3 meter tinggi termasuk bilah. Beratnya sekitar 1,400 kilogram.

SKYDRIVE mempunyai 12 motor atau bilah dan sktruktur utama dibuat dari komposit, aluminium aloi dan pelbagai lagi.

Dari segi keupayaan, SKYDRIVE mampu terbang sehingga 15 kilometer dan mempunyai kelajuan maksimum 100 kilometer sejam.

SkyDrive menyasarkan untuk memperolehi ijin layak terbang pada 2025 bagi menerbangkan SKYDRIVE  dan pensijilan jenis (type approval) pada 2026 untuk memulakan pengeluaran massa dan penghantaran.

SkyDrive juga mahu mendapatkan pensijilan jenis dari Federal Aviation Administration (FAA) untuk memulakan operasi di Amerika Syarikat.

Foto: SkyDrive, Suzuki

BACA: DAIHATSU, TOYOTA DAN SUZUKI BAKAL PERKENALKAN VAN KEI ELEKTRIK – TAWAR JARAK GERAK 200KM

BACA: TAHUKAH ANDA? SUZUKI DAH JUAL 25 JUTA KERETA DI INDIA!

BACA: TAHUKAH ANDA? DAH 4 JUTA ENJIN SANGKUT SUZUKI KELUARKAN!

Google ads
Back to top button