BuletinMotosikal

2,640 YAMAHA NMAX DIPANGGIL SEMULA – MASALAH PENGESAN KELAJUAN

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan panggilan semula terhadap Yamaha SMAX 155 (dikenali NMAX di Asia) yang dipercayai gagal membei bacaan kelajuan dengan betul.

Yamaha Amerika telah mengambil inisiatif arahan panggil balik (recall) kepada unit yang dikeluarkan pada produksi 17 September 2014 hingga 27 Oktober, 2015. Sebanyak 2,640 unit skuter 155 tersebut dipercayai terlibat dalam kes ini.

Ia dipercayai berpunca daripada mekanisma pemasangan kabel pengesan kelajuan yang salah, mengakibatkannya tersepit dan lama-kelamaan terputus. Masalah ini telah dikesan awal dan proses panggil balik telahpun dibuat di pasaran lain.

Ia bermula dengan Yamaha Taiwan pada 2 Disember lepas dan kemudian di Jepun.

BACA: YAMAHA NMAXDILANCARKAN – RM8,800

BACA: YAMAHA NVX DIDEDAHKAN DI SEPANG MOTOGP

Yamaha menggunakan nama berbeza bagi setiap pasaran NMAX 155 ini. Ia dikenali sebagai SMAX di Amerika, Yamaha Majesty S di Jepun dan NMAX bagi pasaran sekitar Asia.

 

 

 

Google ads
Back to top button