Motosikal

LORENZO-DUCATI KEKAL GUNA NOMBOR KERAMATNYA – 99

Jorge Lorenzo secara rasminya merupakan “anak emas’ baru bagi pasukan Ducati. Seperti yang kami ramalkan sebelum ini, MotoGP 2017 akan lebih menarik bila beliau berpindah dari pasukan Yamaha menjadikan saingan tiga penjuru Ducati-Yamaha-Honda semakin sengit.

Juara Dunia tiga kali ini memilih untuk menggunakan nombor keramatnya – 99. Menerusi akaun twitter Lorenzo memuatnaik persediaan terbarunya dengan caption;

“Hari ini adalah hari yang istimewa sepanjang karier saya sebagai pelumba MotoGP. Motor baru, nombor baru dan pasukan baru, Ducati adalah pasukan yang istimewa”

BACA: 10 PELUMBA MOTOGP TERBAIK

BACA: CIABATTI YAKIN LORENZO BAKAL JUARA

Lorenzo merupakan antara pelumba peling berpengaruh dalam kancah MotoGP moden. Setelah bersama Yamaha selama 9 tahun, beliau mengambil keputusan berpindah ke kem Ducati untuk mencuba pengalaman baru.

Pusingan perlumbaan akan bermula di Qatar bulan hadapan. Ducati tentu sahaja mahukan kemenangan awal di litar kegemaran mereka ini. Litar Losail, Qatar secara tradisinya adalah litar yang memberi kelebihan kepada Ducati dalam banyak musim sebelum ini. Casey Stoner menguasai litar ini 3 tahun berturut-turut pada 2007, 2008 dan 2009.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button