Motosikal

YAMAHA NVX 155CC DILANCARKAN DI MOTOGP SEPANG : KEMBAR NMAX YANG SPORTY

YAMAHA Motor hari ini melancarkan model skuter terbaru untuk pasaran ASEAN – YAMAHA NVX. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan pusingan MotoGP yang sedang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Pelancaran ini disempurnakan oleh wira MotoGP Valentino Rossi.

Skuter ini dibina dengan aerodinamik, “sado” tajam dan sporty, NVX sebenarnya dilahirkan dari model NMAX yang telah dilancarkan lebih awal pada tahun ini.

nvx-01

Berbeza dengan NMAX sebagai tipikal skuter urban kecil moden, NVX pula adalah versi sporty dengan pelbagai ciri tambahan yang menarik. Antaranya ialah sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan paparan LCD pada instrumen 5.6 inci dengan pelbagai info.

NVX juga dipasangkan dengan tayar yang lebih lebar – 140/14, antara yang terbesar dalam kategorinya. Tangki bahanapinya berkapasiti 4.6 liter sementara lampu utama dan belakangnya menggunakan LED sepenuhnya.

nvx-05

NVX dikuasakan oleh enjin yang sama dengan NMAX. Enjin satu selinder 155cc, empat injap, dengan VVA (Variable Valve Actuation) yang menghasilkan 14 kuasa kuda dan dipacu transmisi CVT.

Sebagai tambahan, ia dilengkapi dengan sistem start/stop dan unit pelancaran ini dilengkapi dengan brek hadapan anti kekunci (ABS).

Walaupun mempunyai dimensi lebih lebar, NVX sebenarnya lebih ringan. Ia kurang 11 kilogram berbanding NMAX.

nvx-03

Model ini akandikenali sebagai Aerox bagi pasaran Indonesia dan Thailand sementara untuk pasaran Malaysia dan Vietnam ia akan dikenali dengan nama NVX.

Ia akan mula dijual di Thailand dan Vietnam pada Disember hadapan sementara Indonesia pada awal tahun hadapan. Malaysia? Lepas tu la, macam tak biasa, kita kan penyabar, bagi lah negara lain rasa dulu.

Nampaknya pasaran skuter semakin meriah. Untuk pengetahuan anda, bulan hadapan, Modenas juga akan melancarkan Elegan 250 dan Karisma 125. 

 

nvx-02nvx-07 nvx-06 nvx-03

Google ads
Back to top button