Buletin

3 SEKELUARGA INI LALUI PERJALANAN 6,011KM DI INDOCHINA DENGAN SYM

Dalam jelajah motosikal yang sungguh mengujakan yang mengambil masa selama enam belas hari dan menjangkaui 6011km, penunggang motosikal berpengalaman Rusli Osman bersama-sama dengan isterinya Yong Suzi serta anak perempuan mereka Yong Sofea telah berjaya melalui enam sempadan Indochina dalam jelajah bermotosikal terbarunya.

Beliau gembira untuk berkongsi pengalaman serta beberapa panduan sepanjang perjalanan beliau merentasi enam sempadan Indochina kepada mereka yang mungkin berminat dalam jelajah seperti itu.

BACA: LELAKI KOREA INI TUNGGANG HONDA CUB KE JERMAN

BACA: KONVOI WANITA MALAYSIA SOLO KELILINGI DUNIA

Dalam temubual bersama media, Rusli dan keluarganya juga berkongsi cabaran yang dihadapi, kejadian misteri, serta pengalaman mereka dengan menggunakan SYM Sport Rider 125i dan VTS200 sebagai pengangkutan utama dalam perjalanan mereka.

Sebelum memulakan perjalanan, persediaan mestilah dibuat termasuk mendapatkan surat sokongan daripada kedutaan negara –negara yang terlibat untuk urusan menyeberangi sempadan dan dokumen-dokumenpendaftaran kenderaan serta insurans mestilah lengkap dibawa bersama.

Persiapan lain termasuk memeriksa keadaan motosikal, menyediakan minyak enjin PJ1 dan mengisi penuh tangki petrol kapasiti 4.2 liter untukSport  Rider 125i dan 14.7 liter untuk VTS200.

Memulakan perjalanan dari Ibu Pejabat SYM di Pulau Pinang,  tiga sekeluarga ini menuju terus ke sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam untuk ke Thailand dan sehingga Semenanjung Thai ke Indochina.

Sepanjang pejalanan, mereka telah melalui banyak tempat menarik termasuk Hua Hin, Teluk Siam, Pattaya, Koh Khong Phnom Penh di Kemboja, MocBai di sempadan Vietnam, Siem Reap melalui Wats Kemboja, Udonthani, Kho Kao, Myawaddy di Myanmar dan Kanchanaburi di mana tempat Festival Durian yang terkenal diadakan setiap tahun.

Apabila ditanya mengenai perkara yang menarik berlaku sepanjang perjalanan mereka, mereka menceritakan mengenai tempat yang dipanggil graviti-sifar di Mae Sot Thailand yang juga dikenali sebagai Magic Hill, perkara yang berlaku di sini ialah kenderaan berupaya untuk bergerak dengan sendirinya tanpa enjin dihidupkan. Dikatakan hal ini terjadi disebabkan oleh medan elektromagnet di bahagian atas gunung.

 

“Tempat yang paling mencabar sepanjang perjalanan adalah Kemboja disebabkan mereka memandu di sebelah kanan, jadi bersediauntuk itu!” Rusli memberi amaran.

“Lalulintas sesak di bahagian tertentu di Thailand berikutan peningkatan pengguna jalanraya telah membuatkan perjalanan menjadi lebih lama, dan beberapa keadaan jalanraya seperti jalan beralun juga mencabar untuk bergerak. Kami menunggang hampir 200km di atas jalan beralun.

Namun kami dapat melaluinya, dan berpuashati dengan bergantung kepada motosikal Sport Rider 125i dan VTS200 dan penggunaan bahanapi kira-kira 48-52 liter yang membolehkan kami melaluinya dengan selesa, “katanya.

 

 

Google ads
Back to top button