Buletin

30 UJIAN EKSTREM KENDERAAN FORD

Apabila pemandu kenderaan Ford mahu menempuh laluan paling tinggi di dunia, mengharung lumpur atau melalui cuaca -40 darjah Celsius, mereka akan berasa lega kerana kenderaan itu  mampu menamatkan perjalanan tersebut.

Ford-extreme-test-mekanika (1)

Ujian ketahann merupakan proses yang dilalui oleh setiap kenderaan Ford bagi memastikan ia mampu menempuh kondisi paling sukar di dunia. Sama ada panas terik gurun di pedalaman Australia atau suhu sub-sifar di utara China, kenderaan-kenderaan ini dibina untuk menangani apa jua kondisi tanpa sebarang masalah.

Memandu kenderaan melalui pelbagai ujian sukar ini akan memastikannya benar-benar bersedia untuk apa sahaja kondisi yang akan dilalui oleh pemandu di laluan terbuka di seluruh dunia.

Ford-extreme-test-mekanika (11)

Di Ford, ujian ketahanan melibatkan proses yang menyeluruh. Kenderaan perlu mengharungi satu demi satu ujian yang setiap satunya mencabar aspek berbeza kenderaan.

Daripada kemampuannya untuk beraksi di altitud yang sangat tinggi dengan tahap oksigen rendah, sehinggalah jumlah berapa kali pintu boleh ditutup, sebelum menunjukkan tanda lusuh atau rosak.

Ford-extreme-test-mekanika (8)

Malah, kenderaan ini dipandu di atas laluan berbatu untuk melihat melihat bagaimana cat boleh bertahan apabila dihentam oleh batu-batu kecil dari tayar.

Untuk menguji ketahanan kenderaan daripada karat, setiap model Ford menghabiskan masa selama tiga bulan di dalam kebuk kakisan dan disembur dengan air garam dalam kondisi kelembapan mencecah 95 peratus. Ia merupakan simulasi kepada tempoh 10 tahun pakai dan lusuh di atas jalan raya.

Ford-extreme-test-mekanika (4)

Bagi semua pemandu Ford di seluruh dunia, kenderaan mereka membuka pintu kepada dunia pengembaraan dan penerokaan laluan yang terbuka. Ford komited untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja selesa, malah mampu menempuh kondisi pemanduan paling sukar di dunia.

Proses ujian ketahanan merupakan bukti komitmen Ford terhadap para pelanggannya.

Ford-extreme-test-mekanika (7)

Tonton animasi ujian tersebut di pautan ini:  https://www.youtube.com/watch?v=jM7HgTkg67U

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button