Buletin

VARIAN BAHARU ALZA & MYVI

Perodua baru sahaja melancarkan varian terkini Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 liter. Kedua-dua varian itu sudah boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.  

Perodua-Alza-S-mekanika (2)

“Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 liter merupakan hasil usaha berterusan kami untuk menambah baik produk yang selari dengan kehendak pengguna,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua Alza S yang menggantikan varian standard Alza didatangkan dengan skirting sisi, depan dan belakang, spoiler belakang, lampu belakang dalam perumah berwarna jernih serta lampu kabus.

Perodua-Alza-S-mekanika (3)

Bahagian dalaman pula dilengkapi stereng dibalut kulit, sistem audio dengan slot USB, Bluetooth dan panel meter bersama iluminasi berwarna putih. MPV ini juga hadir dalam warna biru yang eksklusif. Warna-warna lain untuk Alza ialah merah, hitam, ungu, perak dan putih.

Perodua-Alza-S-mekanika (1)

Biarpun dengan semua penambahan tersebut, harganya tetap sama. Alza S ditawarkan pada harga RM52,332 untuk transmisi manual dan RM55,332 bagi versi automatik.

Myvi Premium XS 1.3 liter pula tampil dengan imej lebih sporty menerusi skirting GearUp pada bahagian hadapan, belakang dan sisi. Di samping lampu jenis projektor. Tempat duduk kereta kompak ini dipasang dengan fabrik rekaan baharu serta kemasan dalaman berwarna hitam yang bergaya.

Perodua-Myvi-Premium-XS-mekanika (3)

Myvi Premium XS 1.3 liter dengan warna solid berharga RM48,862 (OTR di Semenanjung Malaysia) dan hanya hadir dalam transmisi automatik.

Perodua-Myvi-Premium-XS-mekanika (4)

“Dengan pengenalan dua varian baharu ini, kami menjangkakan jualan Alza dan Myvi mampu mencecah 3,400 dan 7,500 unit sebulan,” kata Aminar.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button