Buletin

SIRI JELAJAH SHELL HELIX

Shell Helix baru-baru ini telah melancarkan siri jelajah  “Mampukah Anda Tangani Yang Ekstrem?” di 17 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menarik perhatian umum terhadap promosi global edisi 2013. 

Pameran bergerak tersebut melibatkan tiga unit trak pikap Nissan Navara tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. yang dihiasi pelekat Shell Helix. Trak pikap berkenaan akan mengunjungi bengkel-bengkel kereta dan gedung membeli-belah terpilih di beberapa negeri bermula sekarang hingga akhir Mei 2013.

Acara tersebut dimulakan di tiga lokasi di Lembah Klang iaitu bengkel VC Power Electrical & Air Conditioner Services di Klang pada 12 April, Awin Auto Car Care di Kuala Lumpur (13 April) dan Sky River Trading (M) Sdn. Bhd. di Shah Alam (14 April 2013). Ia kemudian bakal berkunjung ke  Perak, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Melaka. Senarai lengkap lokasi pameran bergerak itu boleh didapati di www.shell.com.my/shellhelixextreme.

Shell Helix

Di setiap lokasi, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam permainan Facebook serta cabaran mengawal kenderaan 4×4 kawalan jauh untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Baucar rebat tunai yang boleh digunakan untuk membeli minyak enjin Shell Helix juga ditawarkan.

Dengan setiap pembelian pek 4 liter Shell Helix Ultra, HX7, HX7 E atau HX7 Diesel, pelanggan boleh bersaing merebut salah satu daripada lima Hadiah Utama dalam peraduan “Mampukah Anda Tangani Yang Ekstrem?” Shell Helix yang diadakan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2013. 

Lima pemenang Hadiah Utama berpeluang memenangi percutian VIP yang ditanggung sepenuhnya selama 5 hari 4 malam ke Afrika Selatan. Kemuncak lawatan itu adalah peluang untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia Driven to Extremes Shell Helix. Pertandingan selama dua hari itu membabitkan cabaran laluan off-road yang ekstrem di kaki Gunung Table yang terkenal di Cape Town. Di samping cabaran pandu arah merentasi kawasan safari Afrika.

Shell Helix roadshow 2

Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Asia Tenggara – Selatan,  Alex Lim memberitahu, pameran ini bertujuan menarik penyertaan di peringkat akar umbi, selain berinteraksi dengan rakan niaga Shell Helix serta pelanggan demi menghidupkan tema ekstrem Shell Helix pada tahun ini.

“Siri Driven to Extremes Shell Helix yang disiarkan Discovery Channel memaparkan prestasi luar biasa minyak enjin Shell Helix dalam pelbagai keadaan ekstrem. Misalnya suhu sejuk yang melampau, panas terik dan bentuk muka bumi paling lasak.  Lawatan ke Afrika Selatan juga membawa peserta ke situasi ekstrem bersama pengalaman menyusuri laluan off-road yang sangat menarik. Sementara cabaran kereta 4×4 kawalan jauh di pameran bergerak tentunya kurang ekstrem, tetapi lebih menyeronokkan!” katanya.

Shell Helix roadshow_5

Maklumat lanjut mengenai peraduan “Mampukah Anda Tangani Yang Ekstrem?” Shell Helix, sila layari www.shell.com.my/shellhelixextreme atau kunjungi stesen atau bengkel sah Shell berhampiran anda.
[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button