MITSUBISHI XPANDER KEKAL MPV BUKAN NASIONAL PALING LARIS 2023- CATAT REKOD JUALAN 11,384 UNIT
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) mengumumkan bahawa Mitsubishi XPANDER mengekalkan kedudukannya sebagai MPV bukan nasional paling laris di Malaysia.
Menurut MMM, sebanyak 11,384 unit XPANDER terjual pada Tahun Kewangan 2023 (April 2023 – Mac 2024).
“Kami sangat teruja untuk menyaksikan penguasaan berterusan XPANDER di Malaysia. Kedudukan ini menyerlahkan bahawa XPANDER adalah pilihan utama dalam kalangan keluarga Malaysia mencari MPV serba boleh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda.
Selain itu, Mitsubishi Triton berjaya mencatat rekod jualan sebanyak 8,636 unit pada FY23 dan mengekalkan tempat dua teratas dalam segmen trak pikap.
Ikeda menambah, “Menjelang tahun 2024, Mitsubishi Motors terus memulakan perubahan untuk lebih baik dan pengalaman pemilikan dengan standard tertinggi.”
“Kami teruja untuk terus maju dan menghargai semua pelanggan kami atas sokongan setia mereka jenama Mitsubishi.”
- BACA: MANGSA CEDERA LANGGAR JALAN BERLUBANG PEROLEH GANTI RUGI RM721,000
- BACA: QJMOTOR BAKAL CABAR ROYAL ENFIELD DENGAN SRC500 – 25.5HP, 36NM
- BACA: BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI
- BACA: SCHNEIDER ELECTRIC LANCAR HAB PENGECASAN DC DI PETALING JAYA, JALIN KERJSAMA DENGAN JUSEV