Buletin

PROTON BUKA PUSAT R&D DI HANGZHOU CHINA, TINGKAT MODEL BUATAN SENDIRI DAN PEMBANGUNAN EV

Pengeluar kereta nasional PROTON membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China baru-baru ini bagi mengukuhkan usaha kerjasama dengan rakan kongsi Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely) dalam langkah untuk melengkapkan kemudahan sedia ada di Malaysia.

Bertempat di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou, pembukaan pusat R&D PROTON (China) juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Dengan pembukaan pusat R&D PROTON (China), kebolehan ini telah diperkukuhkan dengan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman PROTON dengan sumber dan pengetahuan Geely.

Pusat ini juga akan membantu meningkatkan kerjasama rentas sempadan, memudahkan pemindahan pengetahuan antara PROTON dan Geely, serta memacu inovasi untuk produk yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelanggan PROTON.

Dengan aspirasi yang mencerminkan kisah kejayaan Teknologi Kenderaan Euro China (CEVT) di Gothenburgh, Sweden, perkembangan terbaharu ini mampu mendorong pusat R&D PROTON di Malaysia menjadi pusat R&D global kumpulan Geely yang keenam dalam rangkaian tersebut.

Untuk memaksimumkan kekukuhan masing-masing dan menyesuaikan diri dengan keperluan pembangunan strategik kumpulan, pusat baharu itu akan mengabungkan kepakaran dan pengalaman jurutera dari Malaysia dan China.

Akhirnya, dengan tenaga kerja kira-kira 50 pekerja, ia akan menjadi rangka kerja untuk latihan dan output bakat antarabangsa PROTON dan Geely.

Pusat baharu itu dijangkakan sebagai tingkap untuk pembangunan bersama antara PROTON dan Geely di mana konsep baharu merentasi semua bidang diwujudkan, daripada penyepaduan atasan dan platform untuk ICE mahupun model EV masa hadapan kepada pemanduan pintar, serta pengurusan projek.

Ini termasuk menaik taraf model buatan sendiri PROTON di mana pusat itu akan memanfaatkan sumber bersamanya, dengan bantuan Geely dalam kerja yang diketuai oleh jurutera R&D PROTON di Malaysia.

Bukan itu sahaja, PROTON juga akan dapat meningkatkan daya saingnya dengan jejak global Geely.

Pusat R&D PROTON (China) mempunyai tiga jabatan untuk memastikan operasi yang lancar, iaitu Institut Penyelidikan Pusat, Pusat Pembangunan Perisikan Data dan Pusat Pendigitalan R&D.

Jabatan-jabatan ini akan menyelaras rapat dengan rakan sejawatan Geely untuk memanfaatkan sumber tempatan di China dan bertanggungjawab ke atas hasil pembangunan pasukan masing-masing.

Di samping itu, pusat itu juga telah menubuhkan sebuah institut penyelidikan kerjasama luar yang akan ditugas dengan penyampaian fungsi keseluruhan kenderaan serta pembangunan integrasi ekosistem untuk projek luar.

Google ads
Back to top button