Motosikal

4 MOTOSIKAL HONDA TERIMA PIAWAIAN EEV

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan bahawa empat model motosikalnya telah menerima piawaian EEV daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boon-Siew-Honda-EEV-mekanika (2)

Sebagai pengeluar motosikal pertama yang mendapat standard EEV, BSH akan menawarkan lebih banyak produk dengan emisi CO2 rendah dan cekap bahan api.

EEV diberikan untuk motosikal dari 101CC ke 150CC yang mencapai penggunaan bahan api 2.2 liter untuk setiap 100km. Antara model yang mendapat status EEV ialah Honda EX5 Fi, Honda Future Fi, Honda Dash (Fi) yang menggunakan 1.8L/100km atau 18% lebih jimat berbanding dengan penanda aras EEV.

Boon-Siew-Honda-EEV-mekanika (3)

Buat masa sekarang, empat model tersebut merangkumi 83 peratus pengeluaran keseluruhan BSH.

Pada tahun 2013, BSH telah mengambil langkah pertama untuk memperkenalkan Wave 110 yang memenuhi piawaian Euro 2. Tahun berikutnya, BSH melancarkan RS150R, model yang mematuhi piawaian Euro 3.

Honda-EX5-110-001

BSH juga memperkenalkan teknologi pancitan bahan api (Fi) pada enjin sesaran kecil seperti Dash Wave Fi (110CC).

Google ads
Back to top button