Buletin

4 PILIHAN MILIKI TOYOTA VIOS

Bermula sekarang hingga akhir Mei ini, UMW Toyota Motor menawarkan lima pilihan untuk memiliki sebuah Toyota Vios dengan lebih mudah.

Toyota-Vios-promo-mekanika (1)

Pilihan pertama memberikan anda pinjaman dengan kadar faedah istimewa serendah hanya 0.88 peratus daripada institusi kewangan terpilih. Opsyen kedua menawarkan perlindungan insurans, cukai jalan percuma selama setahun dan penyelenggaraan percuma untuk lima tahun.

UMW Toyota Motor juga membuatkan pemilikan Vios lebih mampu milik menerusi pilihan ketika iaitu bayaran bulan bermula cuma RM628 menerusi Pelan Modal dua peringkat.

Toyota-Vios-promo-mekanika (5)

Pelanggan boleh mempertimbangkan opsyen keempat iaitu menerima rebat tunai sehingga RM6,000. Bagi mereka yang merancang untuk menukar kereta sedia ada dengan Vios, pilihan kelima memang ideal untuk anda.

UMW Toyota Motor akan membantu membuat temujanji dengan pengedar kereta terpakai yang boleh dipercayai, Topmark. Topmark bukan sahaja menawarkan nilai tukaran yang bagus, malah memberikan hadiah percuma untuk setiap penilaian kereta yang dibuat di sana.  

Toyota-Vios-promo-mekanika (2)

Selain Vios, UMW Toyota Motor turut menawarkan promosi menarik untuk model Hilux, Altis, Avanza dan Alphard di semula bilik pamerannya di seluruh negara. Kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota pada 16, 17, 23 dan 24 Mei untuk menikmati parti sate serta pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga.

Pandu uji mana-mana model Toyota pada bulan ini. Seramai 100 orang pemenang bakal menerima iPad Mini. Manakala 200 orang lagi bakal menerima Apple iPhone 6+ dalam cabutan bertuah pada setiap dua minggu.  

Toyota-Vios-promo-mekanika (3)

Peraduan beli dan menang pula membolehkan 20 orang pemenang bertuah menerima sepasang tiket ke Tokyo Motor Show 2015. Peraduan beli dan menang berakhir pada akhir Jun. Maklumat lanjut, layari laman web: www.toyota.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button