Buletin

TOYOTA & MAZDA JALIN KERJASAMA

Toyota Motor Corporation dan Mazda Motor Corporation baru-baru ini menandatangani satu perjanjian kerjasama untuk jangka masa panjang.

Toyota-Mazda-agreement-mekanika (5)

Dengan memanfaatkan sumber yang dimiliki, kerjasama itu dilihat mampu menghasilkan kenderaan yang mampu memenuhi keperluan dan citarasa pengguna di seluruh dunia.

Sebuah jawatankuasa bersama telah dibentuk bagi menilai bagaimana untuk mengoptimumkan kekuatan kedua-dua buah syarikat ini. Ia akan melibatkan pelbagai bidang seperti alam sekitar dan teknologi keselamatan termaju.

Toyota-Mazda-agreement-mekanika (3)

Namun, perjanjian baru ini bukan sekadar berada dalam kerangka kerjasama tradisional. Sebaliknya, Toyota dan Mazda mahu memberi nilai terbaik kepada satu set kenderaan yang bakal dihasilkannya.

Mazda dikatakan akan menawarkan teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO – Soul of Motion. Sementara Toyota akan berkongsi teknologi hibrid dan sel bahan apinya.

Toyota-Mazda-agreement-mekanika (6)

“Saya amat gembira kerana kami berkongsi visi yang sama untuk membina kereta lebih baik,” kata Presiden Toyota, Akio Toyoda.

“Saya harap kerjasama ini akan dapat menaikkan nilai kenderaan di mata pengguna. Selain meningkatkan kemampuan pengilangan kami di Hiroshima,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Masamichi Kogai

Toyota-Mazda-agreement-mekanika (7)

Toyota dan Mazda sebelum ini bekerjasama apabila Toyota memberi lesen teknologi hidbridnya kepada Mazda. Manakala Mazda pula memberi ruang kepada Toyota untuk menghasilkan kereta di kilangnya di Mexico.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button