Buletin

49 LAGI KAKITANGAN KEJURUTERAAN PROTON POSITIF COVID-19

Setelah mengumumkan seorang warga kerja disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 14 Oktober 2020, PROTON hari ini mengumumkan 49 lagi kes telah dikesan. Semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian kejuruteraan dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. 

Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang PROTON Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan dan mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini. 

Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci. PROTON ingin menekankan bahawa syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan.

Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan. Manakala Pusat Servis Kecemerlangan (COE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam. PROTON juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses. 

Mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini. Keselamatan semua pekerja PROTON, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa kekal sebagai keutamaan PROTON.

Google ads
Back to top button