SATU LAGI TOYOTA SUPRA HARGA MEREPEK. NAK JUAL DI EBAY PADA HARGA RM725K!
Tawaran atau kenaikan harga yang tidak masuk akal untuk model-model kereta sports klasik Jepun seperti Toyota Supra Mk4 bukan lagi sesuatu yang asing.
Popularity terhadap jentera berkenaan membuatkan mustahil harganya akan turun, malah dijangka terus naik untuk beberapa tahun akan datang. Contoh terbaharu ialah sebuah Supra yang ingin dijual menerusi laman eBay di Irvine California, Amerika Syarikat.
Perkara pertama yang menarik perhatian semua pastinya harga iaitu AS$175,000 (RM725,000). Harga itu bukan sahaja hampir sama dengan beberapa model supercar terpakai, malah ia sebenarnya antara paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Walaupun masih belum ada pembeli yang benar-benar serius, tetapi kalau ia dijual pada harga tersebut, tiada orang yang akan terkejut.
Tidak banyak perincian yang diberikan tentang kereta ini, jarak perbatuannya juga tidak diketahui.
Penjualnya hanya menulis “Perbatuan original cuma 1,000km” sedangkan pada bahagian ’spesifikasi’, odometer yang dicatat ialah sekitar 16,700km.
Biarpun begitu, jika dilihat pada foto yang dikongsi, kereta itu jelas dijaga dengan baik oleh pemiliknya.
Cat luaran berwarna putih nampaknya masih cantuk dan tidak ada sebarang ubah suai ketara dibuat. Bahagian kabin juga terjaga rapi, cuma tempat duduk kulit nampak sedikit berkedut.
Model itu menggunakan kotak gear manual enam kelajuan. Kali terakhir ia diservis adalah pada Januari dan tayar baharu diganti Februari lalu.
- BACA: KERETA YANG DIKALAHKAN OLEH TOYOTA SUPRA
- BACA: BUAT SERBUAN DI RUMAH PENGEDAR GANJA, POLIS JUMPA PULUHAN UNIT SUPRA, BMW M3, SKYLINE DAN EVO
- BACA: KOS SERVIS TOYOTA SUPRA, MAHAL SIKIT DARI VIOS
- BACA: LUBANG ANGIN TOYOTA SUPRA INI BUKAN SUKA-SUKA
GALERI