Advertorial

5 CIRI TERBAIK PROTON e.MAS 7 PRIME

Katakanlah anda sedang mencari SUV baru dalam lingkungan harga bawah RM110,000 maka ini adalah masa terbaik untuk anda mempertimbangkan untuk memiliki SUV elektrik terbaru iaitu Proton e.MAS 7 berbanding jentera lain yang menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Selain menawarkan penjimatan dari segi penggunaan tenaga yang lebih cekap, model sulung elektrik sepenuhnya daripada Proton itu datang dengan semua ciri terkini yang moden dan selamat termasuk penerimaan penarafan keselamatan 5 Bintang daripada pihak ASEAN NCAP dan dilengkapi sub-sistem bantuan pemandu separa autonomi tahap 2 (ADAS).

Malah, untuk kebanyakan daripada kita, varian Prime sebenarnya sudah mampu memenuhi apa jua keperluan pemanduan seharian. Ini kerana e.MAS 7 Prime  dilengkapi pelbagai ciri terbaik yang juga ada pada model EV jauh lebih mahal daripadanya. 

Pertama, Proton e.MAS 7 menggunakan platform khusus untuk kereta elektrik dengan teknologi memimpin kelas Cell-to-Body. Ini bermakna, bateri LFP Aegis Short Blade itu dipasang pada chasis dengan bijak.

Kelebihan teknologi itu ialah Proton e.MAS 7 menawarkan jarak kelegaan permukaan jalan sehingga 173mm. Bagi pemanduan di bandar dan sesekali meredah laluan offroad ringan, jarak berkenaan sudah memadai bagi memudahkan SUV elektrik ini melalui permukaan mencabar dengan senang sekali.

Kedua, dari segi saiz. Proton e.MAS 7 Prime sebenarnya adalah lebih panjang, lebar dan luas di bahagian dalaman disebabkan jarak 2750mm antara roda yang lebih panjang berbanding dengan SUV popular Proton, X70.

Jadi, tiga orang penumpang dewasa boleh duduk dengan selesa bagi perjalanan jarak jauh di barisan kedua disebabkan rekaan lantai yang rata serta penggunaan platform papan luncur yang baru itu.

Ketiga, sebagai kereta keluarga, Proton e.MAS 7 Prime menampilkan harga kereta segmen C dengan keluasan kereta segmen D. Misalnya, ruang bagasi belakang menawarkan ruang sehingga 461 liter dan jika perlu, tempat duduk belakang boleh dilipat untuk menawarkan ruang kargo menjadi seluas 1,877 liter.

Tambahan, pemandu dan penumpang juga boleh menyusun semua barangan peribadi dalam 33 unit ruang simpanan barangan yang tersedia di dalam EV ini. Sebagai contoh, konsol tengah di antara tempat duduk hadapan menawarkan ruang yang besar untuk meletak beg tangan. Manakala laci tersembunyi di bahagian belakang membolehkan anda untuk menyimpan barangan berharga dengan selamat.

Malah terdapat dua laci khas di bawah tempat penumpang belakang yang membenarkan anda menyimpan kasut dengan kemas. Pastinya, kesemua ciri-ciri ini memudahkan anda melakukan perjalanan jarak jauh untuk pulang ke kampung atau melancong.

Keempat, Proton e.MAS 7 dilengkapi dengan dengan pengecas AC 11kW, bermakna ia boleh dicas dalam tempoh 4.9 jam di rumah. Jika di luar, tak usah khuatir kerana ia diberikan pengecas DC 80kW, membenarkan e.MAS 7 dicas dari 30-80% dalam tempoh 20 minit.

Ia sesuai untuk pengecas DC yang ada di kebanyakan pusat beli-belah serta stesen pengecas di laluan utama dan lebuhraya, dan boleh dikunjungi melalui Integrated Charging Map yang satu seumpamanya di Malaysia. Peta pengecasan juga menyokong fungsi pembayaran memberi kemudahan kepada pemandu.

Kelima, Proton e.MAS 7 turut hadir dengan ciri “walkaway function” yang secara automatik akan mengunci pintu dan menyembunyikan tombol pintu dengan kemas selepas pemandu meninggalkan kereta dalam jarak yang selamat.

Bayangkan anda baru sahaja keluar dari kereta dengan membimbit barangan keperluan selepas membeli belah dari kedai dan mengejar anak yang berlari masuk ke dalam rumah. Ciri ini akan memastikan Proton e.MAS 7 sentiasa selamat walaupun anda terleka.

Proton e.MAS 7 merupakan model SUV elektrik terbaik dengan harga permulaan RM109,800 bagi varian Prime. Namun, untuk 6,000 pembeli pertama, rebat RM4,000 akan diberikan menjadikan harganya turun kepada RM105,800.

Sambutan daripada pasaran membuktikan kecemerlangan kejuruteraan kenderaan elektrik pertama dari PROTON.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Disember 2024, Proton e.MAS 7 telah menerima lebih daripada 3,800 tempahan dan kini menjadi model EV terlaris di Malaysia setakat ini, mendahului carta pendaftaran kereta EV bagi bulan Januari 2025.

Dengan 421 unit berada di jalanraya, Proton e.MAS 7 secara rasmi adalah kenderaan elektrik jualan No.1 di Malaysia dengan 25% jumlah pegangan pasaran segmen EV di Malaysia.

Jadi, bagi pembeli atau pemandu yang ingin merasai pengalaman dan pemilikan kereta elektrik mampu milik dan mesra poket, inilah model paling sesuai untuk anda!

Harga OTR (Atas Jalan Tanpa Insuran) untuk Proton e.MAS 7 Prime kini ialah RM105,800 dengan rebat RM4,000 (untuk 6,000 tempahan pertama). Selain dari rebat, anda juga akan menerima pengecas rumah 7kW, adaptor V2L, sambungan internet percuma untuk 5-tahun dan waranti 6-tahun tanpa had perbatuan serta waranti 8-tahun/160,000km untuk bateri voltan-tinggi di dalam e.MAS 7.

Anda boleh menempah Proton e.MAS 7 Prime melalui laman web Proton e.MAS (https://emas.proton.com) dan untuk memudahkan lagi pengalaman pembelian dan pemilikan, anda boleh muat-turun aplikasi Proton e.MAS untuk digunakan dalam telefon pintar anda.

Google ads
"
"
Back to top button