;
BuletinMotosikal

5 FAKTA MENARIK HONDA ADV 150. SKUTER PALING DINANTIKAN TAHUN INI!

Honda membuat kejutan menerusi debut dunia model skuter adventure terbaru mereka bulan lalu di Indonesia. Skuter berkapasiti 150cc itu secara asasnya adalah diilhamkan menerusi idea X-ADV 750, super-skuter dengan konsep serupa yang berupaya meredah laluan off-road.

Mengambilkira pasaran negara Asia yang lebih luas bagi skuter kapasiti kecil, Honda bertindak bijak memperkenalkan ADV 150 yang sebenarnya dibina menerusi platform sedia ada – Honda PCX/Vario

Apa yang menarik tentang skuter ini? Berikut kami senaraikan lima fakta menarik;

1. SKUTER AUTMATIK ADVENTUR 150CC PERTAMA DI DUNIA

Seperti yang diberitahu tadi, Honda ADV 150 merupakan versi 150 cc dari abang besarnya, X-ADV. X-ADV sendiri sebenarnya adalah percubaan berani dari Honda yang diasaskan dari Honda Integra, skuter 750cc dalam keluarga Honda pertama yang menggunakan transmisi klac berkembar (DCT) dan roda belakang dipacu rantai sepertimana motosikal biasa.

Meskipun berbeza karekter model dengan versi 745 cc, X-ADV dianggap bakal menjadi pesaing NVX dan NMAX. Ia didatangkan dengan karekter serupa, sebuah enjin satu selinder yang dipacu talisawat transmisi CVT.

2. REKABENTUK MODEN DAN FUTURISTIK

Rekabentuknya memang sangat berbeza dengan varian skuter lain yang ada di pasaran. Ia lebih moden dan futuristik malah ramai yang menggelarnya mirip kapal angkasa. Ia sebenarnya lebih kepada karya seni berbanding pandangan rekabentuk kejuruteraan motosikal.

Bahagian hadapannya dipadankan dengan lampu utama jenis LED dengan lekukan badan yang agresif.

Bahagian pemijak kakinya cukup luas dan selesa membolehkannya ditunggang selesa baik dekat ataupun untuk jarak jauh.

3. DIMENSI TERBAIK DALAM KELASNYA

Memiliki dimensi Panjang x Lebar x tinggi : 1.950 x 763 x 1.153 mm, jarak roda : 1.324 mm, jarak kelegaan bumi: 165 mm, ketinggian tempat duduk : 795 mm, berat serta berat keseluruhan 132kg.

Gabungan ini merupakan saiz yang ideal bagi sebuah skuter kompak untuk kegunaan harian, di dalam bandar dan cukup tinggi untuk menempuh laluan off-road ringan.

4. PILIHAN WARNA MENARIK

Honda ADV 150 ditawarkan dengan pilihan warna yang menarik. antara opsyen warna model ni ialah Tough Matte Brown – CBS type. Tough Matte Black – CBS type. Tough Silver – CBS type. Tough Red – CBS type. Advance Red – ABS type.

5. CERMIN HADAPAN BOLEHLARAS

Ciri-ciri adjustable windscreen ini merupakan yang pertama kali digunakan di motor skuter 150cc. Cermin hadapan boleh dilaras pada dua posisi.

Fungsi ini lazimnya hanya terdapat pada skuter atau motosikal adventur yang lebih besar. Ia berperanan untuk memberikan fleksibiliti perspektif pa bagi pengendara. Posisi rendah membuat untuk sudut pandangan lebih baik, sementara tinggi pula memberikan perlindungan terhadap angin yang sesuai untuk perjalanan jauh.

6. Fungsi ABS dan CBS

Honda ADV 150 dilengkapi dengan Anti-lock Braking System (ABS) dan Combi Brake System (CBS). Brek ABS mengelakkan daripada roda hadapan terkunci ketika brek ditarik dengan kuat sementara CBS pula merupakan kombinasi brek hadapan dan belakang yang diintegrasikan bersama untuk menyeimbangkan kadar roda diperlahankan antara roda hadapan dan belakang

7. Harga

Harganya juga agak munasabah bagi sebuah skuter dengan konsep yang berbeza. Di Indonesia ia dijual bermula Rp 33.5 juta (RM9,800) bagi varian CBS-ISS, sementara Honda ADV 150 untuk model ABS-ISS pula pada harga Rp 36.5 juta (RM10,800)

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button