
4 FAKTA MENARIK TENTANG BUGATTI DIVO – HYPERCAR TERMAHAL DI DUNIA
Ia sebuah kereta yang cantik, pantas, laju, mahal, dan mungkin hypercar terhebat yang dihasilkan pada abad ini. Bugatti Divo adalah sebuah karya seni yang tiada tanddngannya.
Nah. Sekarang kita rungkaikan lima perkara unik dan menarik tentang Divo
1. DIVO ADA 98 KILOGRAM DOWNFORCE LEBIH DARI CHIRON
Apakah maknanya?
Divo lebih stabil, lebih “menekan” graviti 98kg lebih tekanan ke bawah berbanding Chiron. Secara keseluruhannya, Divo ada 455 kg tekanan downforce menerusi penambahan rekaan aerodinamik.
Tapi walaupun downforce nya tinggi, Divo sebenarnya lebih ringan berbanding Chiron. Ia 34 kg lebih ringan dan berat keseluruhannya sekitar 1,941kg.
2. PECUTANNYA MENGHASILKAN 1.6 TEKANAN G
Divo hasilkan 0.1 lebih tekanan G berbanding Chiron (1.5G) . Apakah maksud tekanan G?
G-Force ialah ukuran tekanan bagi mengukur daya yang dirasakan suatu objek/pemandu dengan rintangan terhadap tekanan graviti bumi. Pecutan mendadak menghasilkan tekanan G yang berbalik kepada pemandu.
BACA: KOS TUKAR PELINCIR VEYRON IALAH RM85K
Sama situasinya seperti seorang juruterbang jet pejuang.
Atau, cuba anda pecut kereta dan letakkan objek atas dashboard. Ketika kereta memecut, cuba capai objek tersebut. Kesan ini dinamakan tekanan graviti atau dikenali sebagai G-Force.
3. KELAJUAN TERTINGGI DIHADKAN PADA 380KM/J SEBENARNYA LEBIH PERLAHAN DARI CHIRON
Kelajuan tertinggi Chiron ialah 420km/j dan Divo dihadkan pada 380km/j. Tapi kenapa?
Antara sebabnya ialah perkakasan aerodinamik yang dipasangkan bersama tekanan downforce 90kg yang bertambah menyebabkan Divo hasilkan lebih daya seretan.
Secara teorinya, kelajuan Chiron masih lagi tertinggi, tetapi untuk pecutan awal 0-97km, Divo 0.1 saat lebih pantas.
3. ANTARA KERETA TERMAHAL DI DUNIA
Pada harga €5 Juta Euro (RM24 Juta), ia adalah antara kereta produksi yang paling mahal didunia. Divo sebenarnya sekaliganda lebih mahal dari Chiron dan RM16 juta lebih mahal dari Veyron yang paling mahal – Veyron Super Sport.
BACA: BUGATTI PANGGIL SEMULA CHIRON-MASALAH BEG UDARA
Selain daripada prestasi, penghasilannya dalam jumlah kecil menjadikannya eksklusif dan super-mahal.
4. HANYA 40 UNIT DIBINA DAN SUDAH PUN HABIS DIJUAL
Sebelum dipamerkan pada umum pada pameran Pebble Beach minggu lalu, kesemua unit Divo (yang belum pun dihasilkan lagi) sudah habis ditempah.
Hanya 40 unit akan dibuat dan penghantarannya hanya akan bermula tahun hadapan.
GALERI