Buletin

5 KERETA TERBAIK 2018 PILIHAN JEREMY CLARKSON

Kenal Jeremy Clarkson. Beliau adalah selebriti yang terkenal yang lahir dari dokumentari terkenal BBC Top Gear. Di kalangan ramai hos dokumentari permotoran, beliau mungkin yang paling berpengaruh di dunia.

BACA: JEREMY CLARKSON BICARA TENTANG DRIFT JEPUN

Setiap tahun, Clarkson akan menyenaraikan kereta-kereta terbaik pilihan beliau secara peribadi. Dalam satu kolum khasnya di akhbar n The Sunday Times, beliau menyenaraikan 5 kereta pilihannya dari kategori berbeza.

Kereta pertama pilihan beliau ialah Lamborghini Huracan Performante. Beliau telah diberi peluang memandu versi prototaip pada penghujung 2017 sebelum memandunya kembali versi produksi pada tahun lalu. Menurut Clarkson, ia adalah supercar terbaik pernah dibina.

Selain itu, Clarkson juga terkenal dengan seorang yang selalu mengkritik Porsche 911. Tapi tahun ini beliau menyenaraikan model GT2 RS dengan skor lima bintang, bermakna, ia satu-satunya kereta lima bintang selain Huracan Performante yang diuji.

Satu lagi kereta pilihannya ialah Alpina B5. Menurut beliau, ia adalah kereta 5 siries terbaik yang beliau pernah pandu. Didatangkan dengan enjin V8 turbo berkembar dengan 600hp, Alpina B5 adalah sesuatu yang lebih istimewa berbanding versi asal BMW M5.

Dua lagi kereta pilihan beliau ialah Aston Martin Vantage dan Bentley Continental GT keluaran terbaru

  • Lamborhini Huracan Performante

  • Porsche 911 GT2 RS

  • Alpina B5

  • Aston Martin Vantage

  • Bentley Continental GT

 

 

Google ads
Back to top button