Artikel Pilihan

APAKAH MUZIUM IMPIAN ANDA? KAMI PILIH INI. NOSTALGIA NISSAN & DATSUN (+VIDEO)

Abang Japar merupakan peminat muzium dan sejarah. Pergi mana negara pun, muzium mesti ada dalam senarai. Apa lagi kalau jumpa muzium berkaitan automotif. Seharian duduk dalam pun boleh.

Walaupun ramai yang ingat Amerika ni pasaran baru bagi Jepun, sebenarnya tidak. Jepun adalah pasaran paling awal luar negara yang diterokai oleh pembuat kereta Jepun. Sebab itulah kita boleh jumpa banyak kereta-kereta olskool di sana dan sekarang, ia menjadi salah satu trend yang popular.

Kenal Jay Leno? Selebriti yang memang terkenal dengan koleksi kereta eksotik Amerika dan Itali. Entah berapa ratus kereta dia ada dan beliau juga sebenarnya meminati kereta Jepun. Dalam siaran video terbarunya, Jay Leno telah melawat salah satu muzium mini koleksi Nissan yang ekstensif di Amerika.

Nissan Heritage Collection ialah muzium yang dimiliki Nissan Amerika Utara, bertempat di ibu pejabat mereka di Nashville, Tenesse.

Beratus-ratus buah Nissan, Infiniti dan Datsun di simpan di sini. Ia ada model sewal keluaran 1937. Ada Datsun 1600 Roadster dengan hanya 764 batu mileagenya. ada juga Datsun lama dengan enjin 1200cc dan 48 kuasa kuda dengan empat brek drum.

Pengurus pembangunan produk – Dave BIshop yang bertanggungjawab menyelenggara koleksi ini dan jelas, beliau seorang yang tahu semua koleksi yang ada di sini. Beliau boleh menceritakan satu-persatu kereta yang dipamerkan, sejarahnya dan kami percaya, orang Amerika pun ramai yang tak tahu ni!

 

 

Google ads
Back to top button