AdvertorialMotosikal

5 SEBAB MODENAS DOMINAR 250 MOTOSIKAL “UNDERRATED” DI MALAYSIA

Baru-baru ini kami berpeluang menguji kemampuan motosikal Dominar 250 yang dipasarkan Modenas untuk pasaran tempatan. 

Ini lima poin utama yang kami boleh ceritakan tentang Dominar 250.

  1. Reka bentuk

Antara perkara yang kami gemar tentang Modenas Dominar 250 ini adalah reka bentuknya yang tetap mengikut acuan sama seperti model lebih besar, Dominar 400. 

Walaupun dipasarkan sebagai model ‘sport touring’ namun Dominar 250 ini hadir dengan ergonomik yang mirip dengan motosikal ‘naked’ sekaligus sesuai untuk tunggangan harian. 

Tidak dilupakan kedudukan yang menegak juga memastikan penunggang tidak cepat letih terutamanya jika menunggang untuk tempoh panjang. 

Kehadiran ekzos ‘double-barrel’ juga bukan sahaja menonjolkan lagi nilai estetik malah turut mewujudkan bunyi ‘thumper’ yang sedap didengar. 

  1. Praktikal

Dominar 250 ini mengekalkan kapasiti tangki 13L yang sama dengan versi 400cc sekaligus menawarkan penjimatan dan perbatuan yang ekstra terutamanya bagi mereka yang menggunakan motosikal ini untuk ulang-alik ke tempat kerja. 

Kerangka jenis ‘parameter type beam’ juga kukuh sekaligus membolehkan penunggang memasang ‘top box’ dan ‘panniers’ untuk mendapatkan ruang simpanan ekstra tanpa mengganggu ketahanan casis. 

  1. Enjin

Aspek yang paling kami suka adalah bahagian enjin. Ini kerana walaupun tidak mencapai kuasa seperti Dominar 400 namun sebagai unit satu silinder, Dominar 250 ini menawarkan tork (daya kilas) yang berkuasa dan membantu sekiranya mahu memintas kenderaan lain. 

Selain itu, dengan 27hp dan 23.5Nm, Dominar 250 ini cukup berkuasa bagi segmen satu silinder 250cc. Paling penting, motosikal ini mudah diakses untuk semua penunggang tanpa perlunya memiliki lesen B (Full). 

Ciri paling menonjol tentang enjin ini adalah penggunaan dua ‘spark plug’ yang memastikan proses pembakaran berada di tahap efisien dan menjimatkan minyak. 

Tidak dilupakan juga ketika rata-rata segmen ini menawarkan SOHC, Dominar 250 ini hadir dengan DOHC sekaligus menjaminkan kuasa dan tork yang lebih lancar. 

  1. Selamat

Bagi motosikal  250cc yang berharga sekitar RM13,000, Dominar 250 ini tidak kompromi aspek keselamatan dan dilengkapi ABS dwi-saluran sama seperti Dominar 400. 

Menariknya, Dominar 250 ini juga hadir dengan fungsi klac ‘assist dan slipper’. Sistem ini bukan sahaja membuatkan klac mudah ditarik malah memastikan casis kekal stabil ketika gelinciran klac berlaku. 

  1. Mampu milik 

Bila sebut tentang mampu milik, kami bukan sekadar membangkitkan soal harga malah kos selenggara secara keseluruhan.

Pertamanya, Dominar 250 ini hanya memerlukan 1.2L bagi setiap servis sekaligus mirip motosikal jenis kapcai. 

Walaupun kos servis adalah rendah, pemilik boleh berasa tenang akan jaminan penggunaan alat ganti tulen dan original dari pusat servis rasmi Modenas termasuk minyak dan penapis minyak (oil filter). 

Secara keseluruhan, kami boleh menyifatkan Modenas Dominar 250 sebagai motosikal yang ‘underrated’. 

Bagi yang skeptikal, kami cadangkan anda sertai sebarang sesi ‘test-ride’ yang sering diadakan Modenas seluruh negara dan rasai sendiri kemampuan model ini. 

GALERI:

Google ads
Back to top button