TOYOTA, HONDA, PERODUA TERPAKSA GANTUNG OPERASI KILANG KERANA PKP
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri, UMW Toyota Motor dan Honda Malaysia dikatakan telah memberhentikan operasi kilang masing-masing.
Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota sudah menutup dua buah kilangnya pada Khamis. Apabila ditanya bilakah kemudahan itu akan dibuka semula, jawapan yang diterima ialah “keputusan akan dibuat nanti.”
Honda pula menggantung operasi dua buah kilangnya sehingga 26 Januari 2021, tarikh akhir PKP 2.0.
Pada tahun 2019, Toyota mengilang kira-kira 61,000 buah kenderaan di Malaysia melibatkan model kompak Yaris dan trak pikap Hilux.
Kapasiti tahunan kilang motosikal Honda pula ialah 300,000 unit setahun, manakala kilangnya di Pegoh Melaka mampu menghasilkan 100,000 unit kereta seperti model City, Civic dan Accord setahun.
Pengeluar kereta tempatan Perodua yang disokong oleh Daihatsu Motor juga terpaksa mengambil langkah sama. Berjaya mencatat jualan sebanyak 220,000 unit kenderaan tahun lalu, Perodua menguasai 40 peratus pasaran automotif tempatan.
Pada Selasa lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 bermula 13 hingga 26 Januari 2020 dalam usaha mengekang jangID-19 yang semakin memburuk. PKP menyebabkan banyak industri penting tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Malangnya, pemasangan kenderaan termasuk dalam senarai industri penting tersebut. Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand dan Indonesia.
Jumlah pengeluaran Januari – November 2020 jatuh sebanyak 19 peratus kepada 430,000 unit.
- BACA: KILANG AUTOMOTIF TIDAK TERMASUK DALAM SENARAI PENGILANGAN, PEMBUATAN PERKHIDMATAN PERLU?
- BACA: AMUKAN BEKAS PEKERJA MERCEDES. CURI BACKHOE, ROSAKKAN 50 VAN DI KILANG
- BACA: RAM TRX TAK SEMPAT KELUAR KILANG, DAH ‘KEMALANGAN’
- BACA: SELEPAS 53 TAHUN, KILANG LEJEN HIGASHI FUJI YANG HASILKAN TOYOTA AE86, CENTURY, MARK II DAN SPORTS 800 DITUTUP