Buletin

PKP: 120 SJR DI SELURUH NEGERI SELANGOR

Sebanyak 120 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negeri Selangor berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa hari ini sehingga 26 Januari.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, SJR itu membabitkan jalan keluar masuk bagi rentas daerah dan negeri dan jumlahnya tidak jauh berbeza daripada PKP terdahulu.

“Dari segi bilangan penugasan anggota, bergantung pada arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya.

Arjunaidi berharap orang awam memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab menguatkuasakan SOP PKP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, dengan pengalaman PKP pertama tahun lalu, beliau yakin, masyarakat akan mampu melakukan dengan baik pada kali ini.

“Kita sudah melalui PKP sebelum ini, patuhilah peraturan yang ditetapkan, tidak perlu pembelian panik sebab barang mencukupi, bukan tidak benarkan beli barang, cuma ada SOP, itu saja.

“Kita juga tidak berkompromi pada yang ingkar sudah tidak mematuhi SOP yang sudah ditetapkan,” katanya. – Harian Metro

Google ads
Back to top button