Artikel Pilihan

6 FAKTA AUTOMOTIF YANG PERLU KAU TAHU (BAH. 1)

Dunia automotif sering dinilai dari pelbagai aspek dan boleh dibahagikan mengikut pencapaian, kemajuan, saiz, dan lain-lain. Sesetengah darinya direka untuk tujuan komersial, atau sekadar mahu memecah rekod.

Bagi memudahkan pemahaman, berikut disenaraikan beberapa fakta menarik untuk pengetahuan dan rujukan bersama. Sebagai makluman, fakta dinyatakan adalah mengikut info terkini dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Kereta Pertama  Walaupun terdapat beberapa orang yang pernah mencipta kenderaan bermotor sebelum itu, ciptaan paling sempurna dan berjaya dipatenkan adalah milik Karl Benz, yang diiktiraf sebagai pencipta kenderaan moden pertama. Mula dibina pada tahun 1885, kereta tiga roda yang diberi nama Benz Patent Motorwagen itu dikuasakan oleh enjin 4-lejang berkapasiti 954cc, sebelum dimajukan untuk jualan pada tahun 1888.

Kereta Terpantas – Bugatti Veyron 16.4 Super Sport (World Record Edition) diiktiraf Guinness World Records sebagai kereta produksi paling pantas di dunia, dengan catatan 0-100km/j dalam masa 2.4 saat atau 431 km/j untuk kelajuan maksimum. Hanya 5 unit Super Sport (World Record Edition) pernah dihasilkan.

BACA: BUGATTI VEYRON PALING MURAH DI DUNIA

Daya Pecutan Terpantas – Kereta produksi yang memiliki daya pecutan terpantas adalah model sport hybrid Porsche 918 Spyder (2015), yang mampu memecut dari kelajuan 0-100 km/j dalam masa 2.2 saat. Menggunakan enjin V8 4.8-liter, ia turut memiliki 2 motor elektrik untuk menghasilkan kuasa sekitar (652kW) atau 874hp.

Output Kuasa / Isipadu Tertinggi (NA)  Rekod enjin petrol (NA) yang mampu menghasilkan kuasa tertinggi berbanding isipadu dipegang Ariel Atom 500 (2009) iaitu 166.7hp / liter atau 500hp untuk enjin V8 bersesaran 3-liter. Ia dibina menggunakan dua buah enjin motosikal Hayabusa yang diubahsuai.

Output Kuasa / Isipadu Tertinggi (Turbo) – Rekod enjin petrol dengan sistem pendesak (turbo) yang mampu menghasilkan kuasa tertinggi berbanding isipadu ialah Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-440 MR (2014), iaitu 220.2hp / liter atau 440hp untuk enjin 4B11T berkapasiti 1,998cc. Hanya 49 unit pernah dihasilkan.

BACA: MITSUBISHI EVO X FINAL EDITION

Sesaran Enjin Kereta Terbesar  Brutus adalah sebuah kereta lumba eksperimen rekaan Auto-und Technikmuseum Sinsheim di Jerman, yang digayakan seperti kenderaan abad ke-20. Ia dikuasakan oleh enjin BMW V12 berkapasiti  46.9-liter, yang asalnya digunakan untuk menerbangkan pesawat perang. Dengan kuasa maksimum sekitar 750hp, Brutus mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan (1998-2006).

-Pak Maun-

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button