Artikel Pilihan

6 KERETA YANG BERJAYA MENYELAMATKAN JENAMA SYARIKAT DARIPADA BANKRAP

Dunia perniagaan automotif yang merangkumi aktiviti penghasilan, penjualan dan penyelenggaraan kenderaan adalah dunia yang mencabar. Sebarang kesilapan dalam percaturan strategi mampu menyebabkan beberapa gergasi dunia automtif jatuh telungkup

Tapi sebelum satu-satu jenama tersebut jatuh, mereka akan cuba menghasilkan kereta yang boleh membawa keuntungan pada syarikat dan membaiki kedudukan syarikat sebelum jatuh muflis dan hilang dalam sejarah. Antara kereta kereta tersebut ialah:

1. Bentley Continental GT

Dalam artikel sebelum ini kami dah terangkan berkenaan dengan Bentley, bagaimana ia ditelan oleh Rolls Royce sebelum kedua-duanya gagal mendominasi pasaran. Bentley akahirnya dibeli oleh Volkswagen pada tahun 1998 bersama-sama 1500 pekerja dengan penjualan hanya 1000 unit setahun

Volkswagen mencurahkan modal berbayat 2 billion pound, menghasilkan model Bentley terbaru yang dikenali dengan nama Continental GT dengan enjin 6000cc W12 pada tahun 2003. Bentley bertukar kepada teknik besar-besaran secara moden dan kapasiti pengeluaran kilang dinaikkan sehingga 9500 unit setahun

Sambutan pada model ini sangat menggalakkan sehingga Bentley mengeluarkan model 4 pintu yang dikenali dengan nama Flying Spur di German bagi memenuhi permintaan yang tinggi. Model Continental GT sehingga hari ini memasuki generasi ke 3.

2. Volvo XC-90

Model XC-90 menyelamatkan Volvo sebanyak 2 kali dibawah bos yang berlainan. Kali pertama XC-90 menyelamatkan Volvo ketika syarikat ini dinaungi oleh Ford. Model yang dihasilkan cukup berjaya sehingga meraih anugerah North American Car of The Year, Motor Trend SUV of The Year 2003 dan dipuji oleh Jeremy Clarkson

Kemudian Volvo dijual kepada Geely dan mereka membiarkan jurutera Volvo menghasilkan model XC-90 serba baru dengan platform baru, unit trenkuasa baru termasuk hibrid, rekaan dalaman modendan juga sistem infohibur yang lebih bagus.

Hari ini kita boleh lihat XC-90 merupakan SUV pilihan mewah bagi pasaran Asia, Amerika, dan juga Eropah dan memberi saingan sengit pada model buatan Jerman

3. Ford Taurus

Ya model ini juga berjaya menyelamatkan jenama Ford di Amerika selepas diasak bertalu-talu dengan model buatan Jepun yang lebih murah, lasak dan menjimatkan bahan api. Ford ketika itu ketinggalan dari aspek rekaan, isu kualiti dan juga enjin yang kuat makan minyak

Ford membelanjakan 3 billion USD untuk menghasilkan Taurus, memaksa jurutera dan designer bekerja bersama-sama bagi menghasilkan model yang berjaya menarik perhatian pembeli pada tahun 1986. Kalau tiada model Taurus, mungkin Ford boleh bungkus ikat tepi.

4. Porsche Boxter

Awal 1990, Porsche nyaris-nyaris nak bankrap dengan jualan tahunan mencecah 14,000 unit sahaja. Antara masalah utama Porsche ialah proses penghasilan kereta mereka sangat rumit dan kos tersebut dipindahkan pada pelanggan dengan menjual produk pada harga yang mahal

Apabila mereka lihat Mazda MX-5, Porsche mendapat idea untuk menjual kereta ssport yang ringkas dan murah sebagai alternatif kepada model 911 yang lebih mahal. Tak cukup dengan itu, mereka menciloj beberapa bekas jurutera Toyota untuk bekerja di kilang mereka di Stuttgart bagi melicinkan proses pembuatan

Hasilnya model Boxter merupakan model pertama yang dihasilkan oleh porsche dengan kaedah just in time, mengurangkan masa pembuatan dari 120 jam kepada 72 jam sahaja. Ia merupakan satu rekod yang bagus bagi sebuah kereta sport enjin tengah pacuan belakang dengan kualiti sebaik Toyota.

5. Volkswagen Golf

Walaupun berjaya dengan model Beetle, tapi makin lama makin banyak pengeluar yang menghasilkan kereta kecil seperti model Mini. Enjin sejukan udara yang dipasang di belakang menjadi semakin usang dan kalah pada enjin moden. Mereka perlukan kereta pacuan depan yang lebih moden

Dengan bantuan Giogetto Giugiaro, Volkswagen mencuba resipi baru, enjin 4 silinder, dipasang di depan dan pacuan depan yang dikenali dengan nama Golf Mark 1 dan terbukti strategi ini berjaya. Vw kemudian menghasilkan model GTi yang menjadi model lagenda sehingga hari ini.

6. Porsche Cayenne

Berikutan kejayaan model kereta sport mampu milik Boxter, ia memberikan kelebihan modal pada Porsche bagi membiayai projek seterusnya. Pada awal tahun 2000, pasaran kenderaan mulai dibanjiri dengan model crossover/SUV. Tapi belum ada sat pun SUV khas untuk prestasi tinggi.

Menyedari kelompongan pasaran ini, Porsche nekad menghasilkan supercar versi SUV. Ia menggunakan enjin V8 moden, rekaan depan ala-ala model 911 yang sporti, laju dan berkuasa tinggi sehingga ia menarik minat ramai pembeli. Ketika ini model ini hanya mampu disaingi oleh sepupunya endiri iaitu model Audi. Ferrari dan Lamborghini ketika ini masih lagi tidur

Ya inilah dia kereta yang berjaya menyelamatkan jenama-jenama besar dunia daripada terus hilang daripada pasaran dunia. Ia bukan sahaja berjaya, malah memberi keuntungan pada syarikat bagi membiayai projek-projek lain yang lebih mesra alam.

Google ads
Back to top button