Motosikal

HUSQVARNA LANCAR VERSI RIM LIDI SVARTPILEN 250 SE, VITPILEN 401 SE DAN SVARTPILEN 401 SE. BERMULA RM29,500 SEUNIT

Husqvarna Motorcycles Malaysia hari ini memperkenalkan Spoke Edition untuk model Svartpilen 250 SE, Vitpilen 401 SE dan Svartpilen 401 SE ke pasaran tempatan.

Dari segi estetik, semua jentera tersebut mengekalkan reka bentuk moden dan minimalis seperti model-model Svartpilen 250, Vitpilen 401 dan Svartpilen 401 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Perbezaan utama pastinya penggunaan rim lidi yang menggantikan sport rim dengan spesifikasi lain langsung tidak berubah. Harganya juga bertambah sekitar RM5,000. Menurut Husqvarna Motorcycles Malaysia, model dengan rim lidi ini diperkenalkan selepas menerima maklum balas daripada pengguna.

Dengan pelancaran ini, pelanggan boleh memilih daripada enam varian yang ditawarkan. Untuk makluman, semua model tersebut dihasilkan di kilang Husqvarna di Filipina.

Pengenalan itu menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia yang menawarkan Svartpilen 250 Spoke Edition. Jadi, apa kata kita fokus pada model ini dahulu.

Jentera tersebut masih menggunakan enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 250cc yang mampu menjana 31hp dan tork 24Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan. Sistem klac pula terdiri daripada jenis multi cakera slipper clutch. Harus tahu bahawa ia juga didatangkan dengan ciri slipper clutch secara standard.

Pengendalian mantap Svartpilen 250 SE disumbangkan oleh penggunaan kerangka trellis kromium-molybdenum-besi. Jentera itu juga dipasang dengan transmisi WP Apex USD 43mm pada bahagian hadapan dan monoshock di belakang. Suspensi itu boleh dilaras untuk keselesaan ketika membawa pembonceng dan beg tambahan.

Swingarm motosikal yang diperbuat daripada material aloi ringan memastikan aspek ketahanannya. Gabungan semua komponen tersebut memberikan kestabilan dan pengendalian cukup mantap terutama di kawasan bandar.  

Tugas membrek pula diserahkan kepada brek Bybre dengan cakera bersaiz 300mm di depan dan 230 di belakang, bersama sistem ABS terkini daripada Bosch. Dengan ketinggian pelana sekitar 825mm, ia mudah ditunggang oleh sesiapa sahaja.

Mempunyai berat kering 154kg, jentera berkenaan didatangkan dengan tangki minyak berkapasiti 9.5 liter.

Jika berminat, Svartpilen 250 Spoke Edition boleh anda miliki pada harga RM29,500 seunit. Manakala Svartpilen 401 SE ditawarkan pada harga RM34,500 dan Vitpilen 401 SE berharga RM34,500.

Motosikal tersebut boleh dibeli menerusi pengedar sah berikut:

NORTHERN REGION
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd
Address: 2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya,
14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia. Contact No.: +6012-583 9699

CENTRAL REGION
Welly World Cycle Sdn Bhd
Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Contact No.: +6012-519 1200

SOUTHERN REGION
Wheel Riders Malaysia Sdn. Bhd.
Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia. Contact No.: +6013-290 5007 / +6012-795 4046

EAST MALAYSIA
Ghee Hua Co Sdn Bhd
Address: Lot 136 & 137, Jalan Abell, 93100 Sarawak, East Malaysia. Contact No.: +6082-416 697

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button