Buletin

6 KESALAHAN UTAMA PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA – JSPT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan enam kesalahan utama yang menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Berdasarkan kajian kemalangan direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ia merupakan :-

  • Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memotong di garisan berkembar
  • Memotong barisan
  • Guna telefon bimbit ketika memandu

Justeru, pihak JSPT memandang serius sikap pengguna kenderaan yang sering melakukan kesalahan terbabit dan tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi.

JSPT turut menasihatkan semua pengguna jalan raya mengamalkan pemanduan berhemah dan selamat. – FB JSPT

Google ads
Back to top button