Motosikal

APPLE WATCH JADI PENYELAMAT. SELAMATKAN MANGSA KEMALANGAN TIDAK SEDARKAN DIRI

Seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van sehingga tidak sedarkan diri diselamatkan jam pintar Apple Watch di Singapura.

Dalam kejadian di Ang Mo Kio tersebut , mangsa, Muhammad Fitri, 24, bertembung dengan sebuah van sehingga terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, jam pintar Apple Watch yang dipakainya telah mengesan dia terjatuh dengan teruk dan memaklumkan kepada kontak kecemasan termasuk teman wanita Fitri.

Selain itu, Apple Watch berkenaan secara automatik telah mendapatkan bantuan ambulans ke tempat kejadian.

Berikutan kawasan berkenaan yang sepi dan mangsa tidak sedarkan diri, jam pintar itu telah memastikan nyawa Fitri dapat diselamatkan pada waktu kecemasan. –appleinsider/sinarplus

Google ads
Back to top button