Buletin

HONDA CR-V BLACK EDITION. 1.5L TURBO, HITAM MUTIARA, RM162K

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan CR-V Black Edition ke pasaran tempatan. Hadir secara eksklusif dengan warna hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), SUV paling popular dalam segmen SUV bukan nasional itu ditawarkan pada harga RM161,913 seunit.

CR-V Black Edition melengkapkan lagi varian CR-V yang sebelum ini ditawarkan dalam versi 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD and 1.5L TC-P 4WD.

“CR-V merupakan model CKD pertama daripada Honda Malaysia pada tahun 2003. Sejak itu, ia terus diterima baik oleh pasaran dengan lebih 108,000 unit terjual. CR-V generasi kelima yang dilancarkan pada tahun 2017 mengekalkan momentum jualan yang positif dengan lebih 43,000 unit terjual setakat ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.  

Angka itu membolehkan CR-V menguasai pasaran SUV bukan nasional dengan 24 peratus pada Ogos 2021.

Seperti namanya, CR-V Black Edition tampil dengan semua kemasan berwarna hitam. Wajahnya diserlahkan menerusi gril baharu dan garnish depan dengan lampu utama LED.

Bahagian belakang pula menerima bampar hitam bersama gayaan lebih maskulin. Gayaan itu disempurnakan dengan rim aloi bersaiz 18 inci bersama kemasan piano black.

Tona hitam diteruskan ke ruang kabin yang hadir dengan stereng dibalut kulit, meter TFT bersaiz 7 inci dan corong pendingin hawa bersama kemasan piano black. Konsol tengah, papan pemuka dan panel pintu dipasang dengan kemasan kayu berwarna hitam.

Tidak cukup dengan itu, bahagian bumbung juga dilengkapi kemasan warna hitam. Manakala kerusi hadapan menerima sulaman “Black Edition”.

SUV berkenaan menggunakan khidmat enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 193PS dan tork maksimum 243Nm.

Ia juga dilengkapi pelbagai ciri termaju seperti penghidup enjin jarak jauh dan power tailgate yang boleh dibuka dengan menggerakkan kaki di bahagian bawah bampar belakang.

Sebagai sebuah SUV keluarga, CR-V Black Edition didatangkan dengan ciri keselamatan Honda SENSING.

Maklumat lanjut mengenai CR-V Black Edition, sila kunjungi mana-mana bilik pameran Honda, hubungi talian  1-800-88-2020, layari laman web www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.

GALERI

Google ads
Back to top button