Buletin

KPDNKK SERBU PREMIS SIMPAN PRODUK TIRUAN JENAMA GIVI

Anda mungkin berhadapan dengan situasi ini. Beli baju hujan Givi tapi tak sampai sebulan, bocor sana sini. Bila baca rebiu, majoriti akan undi baju hujan Givi adalah antara yang terbaik di pasaran dalam segmen harganya. Baju hujan Givi yang bagus mungkin boleh sampai RM200 sepasang.

Tapi kenapa masih bocor?

Sebab ia produk tiruan. Givi Malaysia sentiasa “berperang” dengan lambakan produk tiruan di pasaran. Mereka sering mengemaskini di laman sosial dengan pelbagai tips serta kesedaran bagaimana untuk mendapatkan produk Givi tulen.

BACA: KOTAK GIVI B32 YANG UNIK

Bukan itu sahaja, mereka juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk membanteras penularan produk tiruan jenama tersebut. Terbaru, sebuah premis di Kepong telah diserbu kerana menjadi pusat simpanan produk Givi terutamanya baju hujan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini telah melakukan rampasan ke atas sebuah premis perniagaan yang menjual baju hujan tiruan berjenama GIVI.

Operasi bermula pada 11.30 pagi itu berakhir pada jam 2.00 petang dengan jumlah rampasan sebanyak 465 pasang.

Sekali imbas, baju hujan ini nampak macam asli

Sebanyak 10 pegawai terlibat di dalam operasi yang turut di sertai pihak GIVI beserta beberapa pegawai polis. Pihak GIVI di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah mengesan penjualan berkenaan di premis ini selama 3 bulan sebelum melakukan tindakan.

Tapi bila tengok di bahagian dalaman memang nampak kualiti jahitannya sangat “ayam”

Di samping itu, GIVI juga menasihati pengguna agar selalu berwaspada dengan pembelian terutamanya atas talian. Jika harga yang ditawarkan terlalu murah, pengguna boleh mendapat kepastian dahulu di media sosial GIVI Malaysia sebelum membuat pembelian. Senarai penuh pengedar sah GIVI boleh didapati di pautan ini : http://givi.com.my/malaysia.php?type=

BACA: HELMET ARAI TIRUAN DIRAMPAS DI PULAU PINANG

Google ads
Back to top button