,
Buletin

POLIS MULA BUAT PEMERIKSAAN DARI RUMAH KE RUMAH. DAH CUAK KE?

Polis sudahpun mula melakukan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah di sekitar daerah Kangar, Perlis bagi memastikan tiada individu yang pulang ke kampung halaman menerusi jalan tikus.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata sebanyak 25 buah rumah diperiksa pihaknya sejak jam 8 pagi hingga jam 2 petang semalam.

Rata-rata penduduk terkejut apabila melihat kehadiran beberapa pegawai dan anggota mengunjungi beberapa buah rumah bagi menjalani pemeriksaan selepas dilihat berpotensi untuk melanggar syarat dan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

“Pemeriksaan mengejut ini akan diteruskan sepanjang hari raya, bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terus dipatuhi.

“Setakat ini tiada notis kompaun yang dikeluarkan. Namun, kita menasihati orang ramai untuk tidak memandang ringan perintah yang dikeluarkan,” katanya.  

Sementara itu, tinjauan BH bersama pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar mendapati jumlah kenderaan di beberapa kawasan setempat seakan bertambah daripada biasa.  

Bagaimanapun, hasil tinjauan di beberapa pintu masuk ke negeri ini mendapati jalan raya lengang selain tidak banyak jumlah kereta yang dilihat masuk ke negeri ini. – Berita Harian

Tags
Google ads
Back to top button