Buletin

PUSAT 3S VESPA KUCHING KINI RASMI DIBUKA

Didi Resources, pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan bilik pameran Vespa di Kuching, Sarawak. 

Menjadi sebuah kedai konsep vespa yang lengkap dengan produk dan pusat servis, ia merupakan destinasi wajib dikunjungi oleh peminat jentera dua roda di sana.

Vespa Kuching merupakan bilik pameran 3S Vespa yang pertama di negeri tersebut. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yong Sport Motor (Vespa Kuching) kerana memperkenalkan jenama Vespa di Sarawak, sekali gus mengukuhkan rangkaian pengedaran skuter Vespa di Malaysia,” kata Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo. 

Ia menjadi pengedar 3S rasmi Didi Resources yang mengadaptasi identiti korporat terkini Vespa. Kemudahan itu menawarkan pelbagai model untuk memenuhi keperluan pelanggan di Kuching dan kawasan sekitarnya. 

Bukan itu sahaja, pemilik sedia ada Vespa juga boleh menikmati perkhidmatan selepas jualan yang lengkap di sana. Vespa Kuching juga menyediakan ruang menunggu yang selesa untuk memberikan pengalaman pemilikan Vespa yang mengujakan.  

GALERI

Google ads
Back to top button