Artikel Pilihan

8 CIRI UNIK DAN TERSOROK PERODUA ALZA, TAK RAMAI YANG PERASAN

Selepas beberapa kali tertangguh, Perodua Alza akhirnya telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Julai yang lepas. Ia menerima sehingga 30,000 tempahan sebelum pelancaran lagi menunjukkan spesifikasi yang ada pada Alza menarik perhatian ramai pembeli

Owh kami bukan nak bercakap pasal ciri-ciri Perodua Alza yang telah berulang kali diceritakan oleh web permotoran yang lain, tapi kami nak cerita ciri-ciri tersembunyi yang ada pada Perodua Alza. Antaranya ialah

1. Torsion beam – ya Perodua Alza ialah kenderaan kompak yang dibangunkan dengan kekangan kos, sebab itulah suspensi torsion beam digunakan pada roda belakang. Ia menggunakan beam dengan rekaan U shape diletakkan secara terbalik menghadap permukaan jalan

Torsion beam juga dipasang dengan satu lagi anti roll bar tersorok di dalam beam tersebut. Rekaan ini adalah berbeza dengan rekaan torsion beam Alza lama dimana anti roll bar yang digunakan adalah terdedah dan profail torsion beam juga adalah berbeza

Jadi tak perlu anda pasang besi berwarna putih melainkan anda pandu Alza tersebut masuk ke litar lumba

2. Tangki petrol plastik – selain rekaan torsion beam, penulis juga perasan yang tangki bahan api yang digunakan oleh Alza adalah menggunakan plastik bukan lagi keluli. Rekaan ini adalah selaras dengan semua cesi kenderaan Perodua yang menggunakan tangki plastik

Selain lebih ringan dan lebih bagus untuk penjimatan bahan api, tangki plastik ini juga lebih mudah untuk dibentuk dan dihasilkan.

3. Ruang simpanan bawah kargo – digunakan untuk menyimpan jek tayar dan peralatan membuka tayar dihasilkan daripada polystyrene berwarna hitam. Pada pendapat penulis (mungkin salah) ada 2 sebab bahan ini digunakan

Pertama ia lebih ringan, lebih murah untuk dihasilkan dan boleh menyimpan jek tayar dengan senyap. Kedua ia juga digunakan sebagai penyerap hentakan sekiranya Alza terlibat dalam kemalangan rempuhan dari belakang. Saiz ruang kargo juga menjadi lebih besar pada 137 liter

4. Tayar ganti – tayar sementara atau temporary tyre digantikan dengan tayar bersaiz penuh dan sama seperti Alza lama ia digantung di bahagian luar bukannya dari bahagian dalam. Ini bermakna jika anda menukar tayar sewaktu kecemasan, anda boleh meletakkan tayar yang bocor di tempat tayar gantian tanpa masalah

5. Penyaman udara belakang – jika anda perhatikan terdapat sirip udara yang berada di bahagian tengah antara corong penyaman udara untuk penumpang belakang. Sirip udara ini menempatkan paip penyejuk dimana udara dari bahagian belakang akan disedut dan melalui paip penyejuk ini sebelum dikeluarkan

Sirip laluan angin ini juga menempatkan penapis cabin bagi melindungi paip penyejuk daripada dikotori oleh habuk

6. Kusyen barisan pertama dan kedua direka dengan rekaan “mencuri ruang” di bahagian belakang dan dikorek ke sebelah dalam. Ini dibuat supaya penumpang barisan kedua dan barisan ketiga memiliki ruang yang cukup untuk kaki dan lutut

7. Kusyen barisan kedua ini magik sedikit sebab ia boleh ditolak ke depan atau belakang dan pada masa yang sama ia boleh dilipat dan dipusing ke depan (tumble) bagi memudahkan penumpang masuk ke barisan tempat duduk ke 3.

Semasa ia dalam kedudukan tumble, seat rail akan naik ke atas bersama-sam kusyen. Jadi ruang untuk masuk ke barisan ke 3 menjadi lebih luas.

8. Varian AV akan menggunakan rim bersaiz 16 inci tapi dibalut dengan tayar Toyo Proxes CR1 dengan saiz 195/60. Ia merupakan kali pertama tayar jenama Toyo digunakan oleh Perodua dalam barisan produk mereka. Bagi varian X ia menggunakan rim 15 dengan tayar Hankook Kinergy Eco 2. Semua rim Alza sekarang diikat dengan menggunakan nut 5 lubang

Bagi varian X, ia dijual dengan harga permulaan RM 62,500 manakal varian tertinggi iaitu varian AV dijual pada harga RM 75,500

Google ads
Back to top button